Tuesday, March 3, 2015

Dato' Kaya Batu Bahara kepada Francis Light (MS40320/1 folio 19) 19 Januari 1789 tentang pemulangan kici sebagai tanda persahabatan oleh Siak

Nur al-Shams wa al-Qamar



Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta putih hati selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan, daripada kita Dato' Kaya yang daif, satu orang kecil duduk dalam Kuala Batu Bahara. Barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam kepada sahabat kita, Dato' Gurnador yang istirehat memerintah dalam bandar Pulau Pinang.

Maka adalah kita takrifkan kepada sahabat kita Dato' Gurnador akan hal kici itu telah dipulangkan oleh Tuan Raja di Siak tanda ia mahu bersahabat dengan Dato' Gurnador. Akan hal seperti tali dan layar yang ada, sudah kita beli sana sini kepada orang kacuk, ada kira seratus ringgit. Akan tetapi kita mintalah surat tapak tangan sahabat kita, boleh kita pegang bicara yang sudah habis melainkan sahabat kita suruhlah ambil kici itu ke Batu Bahara dengan segeranya.

Tersurat kepada dua likur hari bulan Rabiul Akhir waktu duha. Tamat al-kalam sanah 1203.

[Di belakang surat]

Ini surat Dato Kaya Batuah Batu Bahara.

No comments:

Post a Comment