Saturday, March 21, 2015

Surat daripada Raja Ali Selangor kepada Francis Light (MS40320/1 folio 27) tentang masalah dengan Tuan Haji Mahmud dan menumpangkan orang pergi haji

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati putih hati iaitu daripada Raja Ali barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam kepada pihak sahabat kita Senyur Gurnador yang mempunyai perintah dan kebesaran di dalam negeri Pulau Pinang serta melakukan kepada segala sahabatnya yang budiman qarib wa la ba’id amin thumma amin wa ba’dah 

kemudian daripada itu barang istifham kiranya sahabat kita daripada hal kita minta tolong kepada sahabat kita jikalau ada keredhaan sahabat kita2 minta tolonglah kepada sahabat kita seboleh2nya barang mana adanya kasih sahabat kita kepada kita jikalau ada tolong sahabat kita kepada kita sahabat kita berikan kepada tangan Tuan Haji Mahmud haraplah kita minta tolong sebolehnya kepada sahabat kita dan lagi jikalau bagi Kapitan Glas  hendak mendapatkan kita beri saja satu surat sahabat kita kepada kita boleh kita bayar kerana ini sebab pun kita minta kasihani kepada sahabat tiada sekali2 kita tiada membawa belanja itupun mangka  kita minta tolong sebolehnya kepada sahabat kerana sahabat kita dahulunya bagi orang tuha kita bersahabat sampai kepada kita selagi ada ada bulan dan matahari sahabat juga bagi kita adanya dan lagi ada orang kita hendak naik haji sahabat kita tolong tumpangkan dia kapal dan lagi kita kirim tabik banyak kepada sahabat kita tersurat negeri Selangor pukul jam sembilan adanya 

No comments:

Post a Comment