Wednesday, March 11, 2015

Surat Dato' Bayan Saki kepada Francis Light (MS40320/1 folio 1) tentang hutangnya kepada Lebai Abdul Latif

Ya Aziz 



Hamba Dato` Bayan Saki yang daif merafakkan sembah ke bawah kadam Dato` Gurnador yang teramat mulia. 

Hamba Dato` maklumkan ahwal diri hamba Dato` ini harapkan petolong kadam Dato`. Mari anak bini kesemuanya hendak mencahari makan. Dengan athar kadam Dato`, maka dengan kehendak Tuhan serta untung nasib hamba Dato` ini binasa sedikit harta di dalam api. Pada fasal itulah Lebai Abdul Latif (dakwa?) sudah tentu hutang hamba Dato` itu seratus tujuh puluh rial dikehendak Lebai Abdul Latif sampai pada (kaf-wau-hamzah/ko'?) hamba Dato` itu, lama sudah tiada siapa tolong hal hamba Dato` itu. Jika hamba Dato` duduk di dalam (kaf-wau-hamzah/ko'?) itu, bagaimana hamba Dato` hendak cahari bayar hutang itu? 

Dengan hal itulah hamba Dato` mari (tertanyakan?) pada ke bawah kadam Dato`, jika ada tekad serta rahim hamba Dato` pohonkan bertangguh, boleh hamba Dato` bicara cahari bayar akan Lebai Abdul Latif pada sebulan dua-dua puluh rial. Demikianlah pada tiap-tiap bulan hamba Dato` bayar beri selesaikan. Jika ia tiada suka seperti janji hamba Dato` itu, hamba Dato` pohonkan berhutang pada kadam Dato` seratus tujuh puluh rial, bayar akan Lebai Abdul Latif selesaikan hutang itu. 

Maka rial kadam Dato` itu, hamba Dato` dan anak bini dan hamba sahaya dan mentuha hamba Dato` sekalian itu ada tujuh belas orang, jadi hamba pada kadam Dato`, serta rumah dan kedai dan kampung itu pun jadi cagar pada kadam Dato`, sementara hamba Dato` cahari bayar rial qadam Dato` itu beri selesaikan. Telah haraplah hamba Dato` akan petolong kadam Dato` melepaskan daripada (kaf-wau-hamzah/ko') itu. Ahwal itulah hamba Dato` maklumkan. 

‘Izzat bertambah ‘ala al-dawam. 

No comments:

Post a Comment