Sunday, March 22, 2015

Surat Encik Timah dan Encik Usup Batu Bahara kepada Francis Light (MS40320/1 folio 32) tentang harga perahu yang dibeli

Qal Allah 

Alhamdulillah rab al-alamin, wa al-aqibah lil muttaqin, wa al-solat wa al-salam ala rasulika sayyidina Muhammad al-mursalin, wa ala alihi wa sahbihi ajma’in. Lain daripada itu, maka inilah sembah yang dimulai dengan iftah al-kalam wa tahmid al-nizam serta doa yang maqbulan min syafa'at al-rasul iaitu daripada anakanda Encik Timah dan Encik Usup yang tersalam dalam negeri Batu Bahara Darul Ihsan. Barang diwasalkan Tuan habib al-rahim ke hadrat makam al-karim wa al-qalb al-salim iaitu ayahanda kapitan dua laki isteri yang istirehat al-khair dalam negeri Pulau Pinang Darul Aman, yang beroleh taufik dan hidayat serta pangkat dan darjat daripada Tu[h]an Rab al-‘ibad dan lagi beroleh martabat yang ketinggian dan kemuliaan serta kekayaan dalam sihat dan afiat, barang dijauhkanlah daripada mara dunia wal a[k]hirat, amin ya rab al-alamin, wa ba’du. 



Kemudian daripada itu, barang takrif kiranya ayahanda akan hal kapal sudahlah selesai dengan sejahteranya, datang kepada ayahanda serta dengan anakanda Encik Muhammad, anakanda suruhkan sama-sama dengan Kapitan Mambuk kapal itu hendak pun anakanda sama-sama dengan kapal itu mengadap ayahanda ke Pulau Pinang, Dato' Kaya minta tangguh dua bulan lagi kerana dia hendak bekerja. 

Itulah sebabnya maka anakanda tiada sama-sama dengan kapal itu, melainkan sekarang jikalau ada belas dan kasihan ayahanda kepada anakanda, hendaklah ayahanda tolong bicarakan harga perahu anakanda beli. Itulah anakanda nyatakan kepada ayahanda, jikalau boleh seperti anakanda pi[n]ta itu, hendaklah ayahanda berikan ke tangan Encik Muhammad itu serta ayahanda suruh dia pulang lekas-lekas ke Batu Bahara. Itulah anakanda takrifkan kepada ayahanda. 

Kemudian daripada itu suatu pun tiada tanda hidup daripada anakanda, hanyalah doa daripada siang dan malam, pagi dan petang. 

Tamat al-kalam, bi al-[k]hairi wa al-salam. Tamat. 

Terbuat surat kepada delapan belas hari bulan Rejab kepada hari Ahad, kepada wa[k]tu jam pukul tujuh.

[Di belakang surat]

Ini surat Encik Timah

No comments:

Post a Comment