Monday, March 23, 2015

Surat Francis Light kepada Saudagar Nasruddin Terengganu (MS40320/1 folio 39) tentang penghantaran opium dan barang dagangan

Ya Aziz

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala matahari dan bulan daripada beta Gurnador yang memerintahkan di kota Pulau Pinang, barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada sahabat beta Tok Saudagar Nasruddin yang aqil bijaksana, telah masyhur kepujian sampai ke mana-mana, wa ba’du. 


Dari itu ahwal, adalah beta menyuruh Kapitan Hamatan membawa opium dan dagangan yang lain-lain. Maka harga opium dengan dagangan ini beta minta tolong timah dengan lada. Maka tahun ini opium banyak mahal di Benggala.

[Di belakang surat]

Inilah segala surat dari Aceh dan daripada Langkat Batu Bahara dan lain-lain negeri. Tamat.

Acheen
Lancatt

No comments:

Post a Comment