Tuesday, March 10, 2015

Surat Isteri Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS40320/1 folio 4) tentang penerimaan beras, kain oleh Lebai Abdul Khatib dan penghantaran timah yang lewat

Qawluhu al-Haq

Ini surat tanda tulus dan ikhlas serta suci hati yang putih, iaitu daripada isteri Tengku Raja Muda wakil Sultan Ibrahim Shah, yang memerintahkan bandar negeri Selangor. Barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Taala apalah kiranya datang pada sahabat kita Dato` Gurnador Pulau Pinang. 


Adalah kita menyatakan hal pada sahabat kita kerana kita menyuruhkan Lebai Abdul Khatib dahulu pada sahabat kita, ada timah sedikit, peninggalan Lebai Abdul Khatib berlayar tiga hari, datang kapal dari Pulau Pinang, kita serah beri sudah sembilan bahara, akan hal harganya sudah kita terima. 


Syahadan, kemudian daripada itu, akan hal beras dengan kain dua fasal itu yang dibawa Lebai Abdul Khatib sudah sampaikan pada kita, jumlahnya dua fasal itu dua ratus delapan puluh ringgit. Akan hal harganya timah itu belum berkampung lagi melainkan Dato` Gurnador nanti sedikit hari lagi. Ahwal ini kita ma’lumkan, ‘izzah bertambah-tambah sihat. 

Berbuat surat ini pada delapan likur hari bulan safar, pada hari Jumaat waktu duha (dewasanya?). Tamat al-kalam. Ini tapak tangan Lebai Abdul Khatib menyuruhnya surat ini. 

No comments:

Post a Comment