Tuesday, March 24, 2015

Surat Mahkota Indera Bongsu dan Mahkota Indera kepada Cik Long Juru Tulis (MS40320/1 folio 40) tentang Belanda meminta timah

Ya Aziz ya-Karim 

Alhamdulillah rab al-‘alamin, al-‘aqibah lilmuttaqin, al-solat wa al-salam ‘ala sayyidina muhammad, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in. Selesailah daripada hamdu dan s[th]ana` (ba-alif-qaf-ya-alif/baqia?) (alif-lam-alif-ya-fa-nun-alif/al-ifna?). Maka dia lipatkan dalamnya insya Allah al-k[a]rim wa rab al-arsy al-azim (alif-nun/dan?) iaitu salam doa serta beberapa-beberapa takzim daripadanya kekanda Ma[h]kota Indera Bongsu dan Mangkota Indera, barang disampaikan Allah Subhanatu Wa Taala apalah kiranya kehadapan adinda Cik Long juru tulis yang [a]ziz al-karim hafala Allah taala dunia akhirat amin, thumma amin, wa ba’du. 



Kemudian dari itu, barang mafhumlah kiranya adinda sebab pun kakanda lambat datang mengadap Dato' Gurnador kerana Wolanda menghendaki timah ke bawah Duli Yang Dipertuan dan segala orang besar-besar, sebagai hari pun panas, dalam antara itu pun adalah sudah yang sampai2 Larut timah itu dia antar orang bergajah, adalah empat lima puluh bahara. 

Kemudian daripada itu akan hal orang Temujung itu di Selangor pun dia tidak di Pulau Pinang pun dia tidak di Perak pun tidak inilah jadi (ngertilah/perintah?) hati kekanda serta titah Duli Yang Dipertuan demikian itu juga juga kalau-kalau binasa pekerjaan Duli Yang Dipertuan. Inilah sebabnya maka kekanda minta doa kepada adinda, minta sembahkan kepada Dato` Gurnador betapa jadi benarnya insya Allah kepada bulan Rejab kekanda mengadap Dato` serta adinda. Suatu pun tiada dalil al-hayah [h]anyalah gula (sin-ta-wau-ra-sin/seturas?) tanda hidup, doa siang dan malam. 

Pergi surat ini sembilan hari bulan Rejab hari Selasa, tamat kalam. 

No comments:

Post a Comment