Sunday, March 15, 2015

Surat Orang Kaya Buluh Cina kepada Francis Light (MS40320/1 folio 17) tentang pembelian belerang

Wa Shams wa al-Qamar wa Hay 


Surat tulus ikhlas serta putih cuci hati yang tiada berhingga dan tiada bermasa, terlebih daripada air yang jernih, iaitu daripada Orang Kaya Buluh Cina yang makam di daerah negeri Buluh Cina, punya tabik banyak yang teramat miskin, barang disampaikan Tuhan (semat?) semata alam. Apalah kiranya (serta/syarat?) kepada [D]atuk Gurnador yang menjadi raja yang memerintah dalam daerah negeri bandar Pulau Pinang. S[y]ahadan dilanjutkan Allah ‘azza wa jalla umur dan zaman dalam pangkat dan darjat yang kebashiran yang khair dan fuad yang rahim dan budi bicara yang amat luas pihak berkasih-kasihan kepada handai taulannya, baina al-qarib wa ba’id, lagi makmur daripada jalan amat yang meredap wa nahi ‘an al-munkar, senantiasa dengan kenamaan yang terpuji kepada sekalian negeri. Maka masyhurlah atas perangai yang demikian itu. Maka pohonkan barang bertambah kemuliaan fi al-din wa al-dunya wa al-akhirah, amin (ya-alif-ra/ya?) khair lana khairin, amma ba’du. 

Ada pun kemudian daripada itu sahaya (mim-ain-nun-wau-mim/makhtumkan?) warkah yang (shin-dhal-ra-ta marbutah/syazrah?) kehadapan Dato` wajh al-mukram, dalamnya menyatakan hal antara Tuan dengan sahaya. Maka adalah sahaya menyuruh dua buah perahu Nakhoda Mat dengan Nakhoda Lahim, muat belerang dua buah perahu itu delapan puluh satu bahara, beras ada tujuh ratus, lada ada seratus lima puluh, dua buah perahu itu sedikit seorang teman-teman bawa lada, orangnya selikur orang dua buah perahu, rentaka tembahaga lima, rentaka besi dua buah (sin-ta-ya-kaf-ra/setikar?) dengan senapang ada delapan pucuk. 

Sahaya mengadukan hal, sahaya minta tolong kepada Datuk suatu bicara daripada belerang itu daripada harganya. Jikalau ada boleh, seboleh-bolehnya (mim-nun-wau-mim/makhtum?) kepada Datuk riyal akan harganya. Kemudian daripada itu (mim-wau-mim/makhtum?) juga seboleh-boleh Datuk kepada sahaya daripada akan hal belerang juga. Jikalau ada lagi laku kepada Datuk, itu pun Datuk berikan kepada Nakhoda Mat dengan Nakhoda Lahim barang berapa harganya. Sahaya pohonkan tapak tangan Datuk melainkan kepada Nakhoda Mat dengan Nakhoda Lahim, melainkan sesuatu pun tiada tanda itu, daripada cuci putih hati kepada Datuk ada kampit kecil dua puluh buah. 

Perbuat surat kepada dua belas hari bulan Syawal. Tamat.

[Di belakang surat]

Raja Ally

Orang Kaya Buluh Cina

No comments:

Post a Comment