Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas daripada beta Raja Cenak, sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil lagi bijaksana.
Ahwal ambilan beta pada sahabat beta jenis dagangan, maka beta hendak bayar riyal. Sahabat beta kehendak beras, maka beta pun bercakap hendak hantar beras. Maka beta maklumkan pada ke bawah duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia, maka Yang Maha Mulia benarkan. Maka beta beli beras, himpun hendak hantar. Tiba-tiba duli baginda Yang Maha Mulia pinjam ambil beras itu, jadilah gendala.
Maka beta sudah beli pula beras lima koyan muat sebuah banting dan beras teman-teman sekoyan lebih-lebih sedikit beta hantar pergi. Minta sahabat beta terima ambil beras lima koyan itu jadi wasal beta. Jangan sahabat beta kecil hati kerana sudah lama sahabat beta maafkan sangat-sangat. Maka akan beras teman-teman itulah sahabat beta bayar harganya dengan harga lima puluh riyal seperti perjanjian sahabat beta dengan beta.
Maka itulah budak-budak siam sepuluh orang laki-laki perempuan kecil besar harga belian beta sepuluh orang itu tiga ratus riyal. Seperti harga belian itulah beta beri akan sahabat beta. Itupun jadi wasal beta minta sahabat beta terima ambil.
Syahadan beta minta opium dua peti pada sahabat beta dan kapas empat bandela. Sahabat beta serah beri mari opium dan kapas itu pada budak beta nama Sulaiman. Maka harga opium dan kapas itu beta pinta dengan harga belian, sahabat beta tentukan beri mari boleh beta bicarakan riyal hantar pergi akan sahabat beta dan kain pada (ta-da-nga/tudung?) hijau yang baik-baik dua kayu sahabat beta beri mari itu pun ditentukan harganya.
Maka akan kelelahan teman-teman beta mengantar itulah sahabat beta kirakan beri mana patutnya akan mereka itu supaya boleh beta suruh mengantar pula ke hadapan ini. Minta sahabat beta segerakan beri balik mari perahu serta teman-teman itu, boleh beta muat beras hantar pergi cukupkan sepuluh koyan itu.
Perbuat surat sebelas hari timbul bulan Syawal sanah 121 tahun-tahun zai. Tamat.
[Di belakang surat]
Raja Chena 1787
Rice & Slaves
[Di belakang surat]
Raja Chena 1787
Rice & Slaves
No comments:
Post a Comment