Tuesday, March 31, 2015

Surat Sultan Abdullah Kedah kepada Francis Light (MS40320/8 folio 12)

Al-Mustahaq

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang. 

Bahawa akan surat sahabat beta beri mari dahulu pada Laksamana, pinta beta tentukan perintah hasil Pulau Pinang itu, jadi kesukaanlah pada beta. Maka lagi tersebut dalam surat sahabat beta itu, hendak beri hasil Pulau Pinang itu pada setahun empat ribu rial tiadalah cukup belanja beta. Maka sahabat beta pun telah ketahui. Maka jadi pun lama tiada beta balas surat sahabat beta itu kerana banyak susah. Lagi pun, orang beta ini banyak yang tiada harta, perintah tutur kata dengan sahabat beta. 

Maka beta hendak suruh Bendahara dan Dato’ Paduka Raja pergi berkira dengan sahabat beta. Maka duduk dalam susah sakit demam, maka Laksamana dan anak beta ini Cik Awi pun anak cucunya sakit demam juga. Maka sekarang Laksamana ada senang sedikit anak cucunya daripada sakit demam. Maka itulah beta suruh pergi pada sahabat beta, boleh sahabat beta berkira-kira dengan Laksamana itu. Itulah beta nyatakan. 

Perbuat surat dua belas haribulan Safar hari Selasa. Tamat. 

No comments:

Post a Comment