Tuesday, March 31, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Syah Kedah kepada Francis Light (MS40320/7 folio 31)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas kasih sayang muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang. 

Ahwal maka adalah khabar mari dari sebelah Siam, kata segala orang, Patani-Patani muafakat dengan Tuan Syeikh Abdul Samad, binasakan jajahan negeri benua Siam. Maka tempat nama Cenak itu sudahlah dibinasakannya. Maka sekarang ini negeri Senggora itulah khabarnya hendak dilanggarnya pula. 

Maka beta ini sahaja takluk kepada Raja benua Siam. Kalau-kalau jadi kerja besar dikehendaki Tuhan yang menjadikan segala alam ini, barang yang kekurangan pada beta daripada ubat peluru senjata dan supaya beta hendak pinta tolong pada sahabat betalah bicarakan, jangan boleh (jim-dal-ra/jidar?/jadar?) nama beta. 

Jika (jim-dal-ra/jidar?/jadar?) nama beta, maka sahabat beta pun samalah tumpang malu kerana sudah masyhur nama sahabat beta itu, diberi Jenderal Benggala mari duduk di Pulau Pinang itu, menolongi barang hal kesakitan dan kekurangan beta pada segenap perkaranya. Inilah beta nyatakan kepada sahabat beta. 

Pergi surat tiga likur haribulan Syawal. Tamat. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum Dr.,
    [ja.dar] | جادر
    --ejaan baru jawi DBP
    Definisi : merempuh, menyerbu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

    ReplyDelete