Friday, March 20, 2015

Surat Sultan Selangor kepada Kapten Thomas Forrest (MS40320/1 folio 25) meminta untuk bersahabat dan menghantar bendera kompeni Inggeris

Al-Shams wa al-Qamar


Bahawa inilah surat tulus serta ikhlas suci hati yang putih iaitu daripada hadrat Duli Yang Dipertuan Selangor Yang Maha Mulia, barang disampaikan Tuhan semesta seru sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Kapitan Thomas Forrest yang amat baik budi pekertinya daripada handai taulannya, kasih berkasihan, sahabat bersahabat, wa ba’du. 

Daripada itu, barang (ta-pa-ra-ya-fa) kiranya sahabat kita akan hal seperti sahabat kita, melainkan hendaklah tolong kita seboleh-bolehnya pintakan bendera kompeni Inggeris, serta dengan pesan kepada Jenderal di Benggala, tanda kita hendak bersahabat dengan kompeni Inggeris. 

Dan lagi seperti timah mana yang keluar di dalam negeri Selangor, semuanya kita pulangkan kepada Jenderal. Dan seperti lada dan lilin, rotan sekaliannya itu kita pulangkan. Bahawasa dengan nyatanya maka adalah cap kita di atas kertas ini. 

Tamat al-kalam bi al-khayri. Wa al-salam.

[Di belakang surat]

Captain Forrest

No comments:

Post a Comment