Thursday, March 12, 2015

Surat Wan Fakar kepada Kapten Scott (MS40320/1 folio 12) tentang jualan timah, opium, kain, kapas, senapang dan garam

Mustahaq 



Surat tulus ikhlas daripada Wan Fakar, sampai pada kekasih sanda Kapitan Scott yang pandai memerintah, daripada sahabat handai dan taulan, daripada atas angin dan ke bawah angin, gahnya sampai ke mana-mana. 

Kemudian daripada itu, maka adalah penyuruh anak penakan Raja Ligor namanya Phra Pa’ad Buri Rak, pinta tolong hantar temannya pada Tuan Kapitan Scott hendak bawa timah pergi cari dagangan, sebab inilah gendala pergi ke Salang. Maka diberi teman pergi ke Salang, itu pun sudah balik dari Salang akan penyuruh anak penakan Raja, itu pun mari bawa timah enam bahara tarang. Maka itulah diberi pergi bersama Sidin mendapat Kapitan barang hal orang itu minta dengan tolong Kapitan. 

Bermula adalah timah dibawa Sidin banyak (kitarnya?) enam ratus dua kati, akan (batanya/batunya?) dua puluh dua (bata/batu?), (fa-ta-wau-nya/putunya?) seratus lima belas (fa-ta-wau/putu?), jadi bahara Kedah dua bahara dua kati. Pinta Kapitan tolong rial, khabar teman yang membawa timah itu, katanya jikalau tiada dengan rial dicampur lambat bolehnya mencari timah itu kerana rial tiada pada sanda. 

Akan hal dagangan kapitan beri seperti opium, kain tarang itu semuanya ada diberi pergi ke Salang itu habis dibawa balik sudah. Dahu[lu?] Kapitan hendak beri kapas, jika belum, kapitan beri pada (ba-sin-mim-nun/besmen?) minta kapitan seru beri kepada Sidin. Jikalau ada senapang kepada minta tolong barang sebahara dan garam mana seboleh muat di dalam perahu itu, rial itulah minta Kapitan tolong mana sebolehnya, akan timah diwasalkan di dalam tambang itu beberapa banyaknya. Minta bubuh di dalam surat mari boleh dibubuh di dalam surat taruh dikirim, dikirim tem[b]ikai tiga biji akan Kapitan. 

Tamat al-kalam. 

No comments:

Post a Comment