Ahwal surat duli Tengku sampailah pada patik segala yang tersebut dalamnya fahamlah patik segenap perkaranya maka patik pun sangatlah kesukaan hendak cahari jalan kebajikan antara Jenderal dengan Yang Dipertuan maka dari awal niat patik demikian juga banyak kali sudah patik sembahkan maka sekarang pun pada fikir patik jika jadi benar pada duli Tengku sebaik2 duli Tengku berdatang sembah pada Yang Dipertuan minta beri mari Orang Besar2 menerima wakil Yang Dipertuan mari berbicara dengan Komander boleh nyatakan segala janji dan maksud Yang Dipertuan supaya boleh tentu serta boleh Komander ini nyatakan pada Jenderal sudah tentu boleh diambilnya surat cap kompeni beri akan Yang Dipertuan boleh pegang taruh
Blog ini merupakan perkongsian transliterasi Koleksi Surat-surat Francis Light (SOAS MS40320) yang kini tersimpan di "Special Collection", Perpustakaan School of Oriental and African Studies. Ia mengandungi lebih 1200 dokumen yang sedang dalam proses transliterasi untuk dicetak hasil kerjasama pasukan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dato Dr. Ahmad Murad Merican dengan Perpustakaan School of Oriental and African Studies (SOAS).
Indeks Volume
- Home
- Selamat Datang
- Volume 1
- Volume 2
- Volume 3
- Volume 4
- Volume 5
- Volume 6
- Volume 7
- Volume 8
- Volume 9
- Volume 10
- Volume 11
- Glosari
- Indeks Perkataan
- Indeks Volume 1
- Indeks Volume 2
- Indeks Volume 3
- Indeks Volume 4
- Indeks Volume 5
- Indeks Volume 6
- Indeks Volume 7
- Indeks Volume 8
- Indeks Volume 9
- Indeks Volume 10
- Indeks Volume 11
- Cop Mohor
- Galeri
Tuesday, August 25, 2020
Surat cap daripada Sultan Perak, Raja Bendahara dan Raja Muda (MS 40320/11, f.169) berkaitan pengurniaan jajahan Sungai Kurau kepada Raja Biyajid dan Daeng Mutanang
Alamat surat cap dari bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta dengan Raja Bendahara wakil sultan dan Raja Muda Jalla wa ‘Izz Yang Maha Mulia kita kurnia pada Raja [Biya]Jid dan Daeng Mutanang
Surat Raja Lela Muda kepada Hakim Bandar Pulau Pinang (MS 40320/11, f.168) berkaitan budak Perak empat beranak (8 Ramadhan)
Ya ‘Aziz
Adinda Raja Lela Muda maklumkan ke bawah hadrat kekanda To’ Hakim Bandar Pulau Pinang yang ‘aziz al-karim amin ya Rab al-‘alamin wa ba’d
Surat Penggawa Kedah kepada Francis Light (MS 40320/11, f.167) berkaitan perkenalan dengan Mr Pigu dan dagangan papan
Kasih sayang serta tulus ikhlas yakin berkasih2 kasihan selama ada lagi cakerawala bulan dan matari iaitu daripada beta Penggawa datang pada saha beta Gurnador yang duduk dalam negeri Pulau Pinang yang akil bijaksana wa ba’d
Monday, August 24, 2020
Senarai tanah (MS 40320/11, f.166)
Kepada tujuh likuru hari bulan Senin sebaga tanah Cik Long kurang enam jemba empat belas relung
Sebaga tanah Cik Andak dua belas relung sebaga tanah Cik Alang tujuh relung
Sebaga tanah Pat Alang Tang Kek dua belas relung sebaga tanah cik Alang enam relung
Sebaga tanah orang tua itu dua puluh relung sebaga tanah Cik Ngah sepuluh relung
Sebaga tanah Cik Long enam relung
Menjadi dijumlahkan dulapan puluh enam relung enam belas jemba
Surat Nakhoda Paduka kepada Francis Light (MS 40320/11, f.165) berkaitan orang Jawa yang lari (8 Rabiul Akhir 1207 / 23 November 1792)
Wakil Tuan Gurnador dalam Pula Pinang akan hal budak Penembahan Mempawa orang Jawa yang lari ada pun namanya Bapak Semarang Jamak dan kedua Bapak Kaberu dan ketiga Bapak Kambar dan keempat Kacung dan kelima ke Bapak Kuning keenam Setu dan ketujuh Bapak Asan dan kedelapan Bapak Sad kesembilan juru batu paksi dan kesepuluh Bapak Bukasih dan kesebelas Basyir dan kedua belas Mek dan ketiga belas Serikam dan keempat belas Karti Abdul Hamid dan Nakhoda Paduka memberi surat kepada Raja Gurnador tersurat kepada delapan hari Rab al-Akhir pada 1207 Pula Pinang
Surat Teuku Muda Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.164) berkaitan dagangan beras, kapas dan opium
Ini alamat surat daripada Teuku Muda Teluk Semawi barang disampaikan Allah Subhanah Wataala kiranya kepada saudara sahabah kita Gunnadur Pulau Pinang
Surat Tengku Arung Tembujung kepada Nakhoda Kecik (MS 40320/11, f.163) berkaitan dagangan ke Pulau Pinang
Qawluhu al-Haqq
Alhamdulillah allazi bayna la zhimar fi qulubi al-mukminin wa da’kunuz al-muhaimin wa al-salat wa al-salam ‘ala man la nabiy al-mukhtar wa alihi al-khiyar wa salla Allah ‘ala al-nabiyyin Muhamad wa alihi wa sahbihi wa sallam salam doa serta takzim dan takrim iaitu daripada Tengku Arung Tembujung barang disampaikan Allah apalah kiranya datang kepada Nakhoda Kecik barang ditetapkan Allah Subhanah Ta’ala imannya dan amalnya min dar al-dunya wa ila dar al-jannah amin amin amin Allahumma amin ya Rab al-‘alamin wa ba’d
Friday, August 21, 2020
Surat Sayid Abu Bakar Pulau Langkawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.162) berkaitan hasil Pulau Langkawi dan permintaan kain
Alhamdulillah
Adinda Tuan Sayid Abu Bakar datang ke hadrat kekanda Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia
Surat Po Cut Gadang kepada Francis Light (MS 40320/11, f.161) berkaitan kiriman timah
Ya ‘Aziz
Inilah alamat surat sahabat Dato Gurnador Raja Pulau Pinang Po Cut Gadang berkirim timah pada Dato’ Gurnador pada Nakhoda Po Salam banyaknya tiga bahara timah Salang hendaklah terimalah ambil timah itu di dalam ini mana yang datang boleh sahabat kirim pergi di dalam ini sahabat pun tunggu utang piutang adinda Raja Belat dan Co Kobat ada sahabat suruh Nakhoda Po Salam pergi pada Dato’ Gurnador minta dagangan mana perkenan Nakhoda Po Salam itu balik Nakhoda Po Salam dari Pulau Pinang sahabat pun tiada lama di dalam Salang ini tamat al-kalam
Surat Mek Bu kepada Francis Light (MS 40320/11, f.160) berkaitan anaknya yang sakit perut
Ya ‘Aziz
Hamba Dato’ Mek Bu maklumkan sembah ke bawah hadrat Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia hamba Dato’ maklumkan ahwal anak hamba Dato’ nama Bibi sakit purut pada sehari lima enam kali ke sungai budak perempuan sangatlah kesakitan duduk di dalam para itu inilah hamba Dato’ mari adu teriakkan ke bawah hadrat Dato’ hendak pohonkan anak itu kerana budak tengah sakit hamba Dato’lah mengaku ganti tubuh Bibi itu barang sabda hadrat Dato’ hamba Dato’ junjungkan hamba Dato’ pohonkan minta ampun cukur canang itu pada ke bawah hadrat Dato’ kerana anak perempuan lain daripada itu mana hukum hadrat Dato’ tiadalah boleh hamba Dato’ salahkan melainkan hamba Dato’ pinta ampun periksa biar dengan halus ahwal inilah hamba Dato’ mari adu teriakkan minta ampun pada hadrat Dato’ izzat sa’adat bertambah ‘ala dawam tamat
Surat Raja Ibrahim kepada James Scott (MS 40320/11, f.159) berkaitan hamba yang lari ke Pulau Pinang (Rabu, 10 Syaaban)
Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada pekitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Ibrahim sampai kepada sahabat beta Kapitan Asakat yang akil bijaksana masyhur sampai ke mana2 teguh setia dengan segala sahabat handai dan taulan
Thursday, August 20, 2020
Surat cit Didalung anak Raja Amar Setia kepada Francis Light (MS 40320/11, f.157) berkaitan kiriman buah-buahan (Selasa, Rabiul Akhir)
Qawluhu al-Haqq
Cit daripada Didalung anak Raja Amar Setia disampai akan Allah Datuk Nador Pulau Pinang ada dikirim tebu tiga puluh dan pisang sepuluh sikat dan tilamang delapan biji dan labu tujuh biji dan samamamu dua ratus empat puluh delapan batang panjang pendek ada dikirim pada Hamdan Cik Long dan Ngah Perai perbuat cit sakar haribulan Rabiul Akhir pada hari Selasa tamat
Surat Yang Dipertuan Tuha Siak kepada Francis Light (MS 40320/11, f.156)
Ini alamat surat daripada Yang Dipertuan Tuha dalam Negeri Siak Pekan Baru barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada sahabat saya Gurnador dalam negeri kota Pulau Pinang
Senarai orang yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang (MS 40320/11, f.154)
Ini fasal orang yang lari ke Pulau Pinang pertama2
Tukang larik iaitu Bila Iram banyak berhutangnya belum berkira2 lagi kerana banyak tempat maka yang dibawa lari tukang larik bininya dua orang itu hamba di dalam itu sorang Siam dan sorang Keling dan anak tirinya sorang perempuan dan orang berutang sorang perempuan namanya Mek Pah dan budak laki laki sorang hamba nama Selasih dan bini Mad Li tiga beranak
Dan Mubarak sorang laki laki
Wednesday, August 19, 2020
Surat Sayid Abdullah bin Berahim bin Yahya Palembang kepada Francis Light dan James Scott (MS 40320/11, f.152) berkaitan dagangan garam, minyak, paku dan kemenyan (Ahad, 10 Muharam)
Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Sidiq
Bahawa inilah warqat al-ikhlas yang terbit daripada fuad al-zakiyyat serta kirim tabik banyak2 iaitu daripada Tuan Sayid Abdullah bin Berahim bin Yahya yang duduk terwaqaf dalam negeri Palembang muda2han barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala apalah kiranya datang ke hadapan sahabat kita yang kedua iaitu Gurnador serta Kapitan Uskat yang di Pulau Pinang