Friday, August 21, 2020

Surat Sayid Abu Bakar Pulau Langkawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.162) berkaitan hasil Pulau Langkawi dan permintaan kain

 Alhamdulillah

Adinda Tuan Sayid Abu Bakar datang ke hadrat kekanda Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia 


akan hal adinda ini sangatlah hajat hendak berjumpa dengan hadrat kekanda Gurnador maka adinda ini di dalam sakit demam tiada boleh hendak pergi berjumpa lagi melainkan jika ada hayat adinda kemudian hari kehadapan tolong Allah adinda pergi berjumpa dengan hadrat kekanda Gurnador melainkan apa yang ada di dalam Pulau Langkawi lain daripada anyur  pinang negeri pulau ini negeri hutan tiada apa barang2 di dalam pulau ini di dalam itu pun jika ada hadrat kekanda bermaksud dengan adinda orang da’ifi  ini barang yang ada di dalam pulau bolehlah adinda bicara antar  pergi akan hadrat kekanda Gurnador melainkan kasih berkasihan hadrat kekanda Gurnador dengan adinda tanda berpanjangan selagi ada hayat di dalam dunia atas bumi di bawah langit ini itulah adinda pinta pada hadrat kekanda Gurnador kain putih kasar barang dua tiga kodi dan kain enam culupan  yang halus2 sedikit barang sekodi melainkan tiadalah apa tanda hayat daripada adinda hanya kertas sahaja tiada apa boleh hendak dicari pada sekali waktu ini itulah adinda suruh Hakim Ibrahim pergi pada hadrat kekanda Gurnador Raja Pulau Pinang yang mashur  segala jahan2  negeri ahwal itulah takrifkan

No comments:

Post a Comment