Tuesday, August 4, 2020

Surat Orang Kaya Setia Raja di Sambas kepada James Scott (MS 40320/11, f.144) berkaitan perdagangan kain (Rabu, 22 Safar 1209 / 17 September 1794)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi iaitu daripada Orang Kaya Setia Raja yang istirahat al-khair dalam daerah negeri Sambas barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala apalah kiranya kepada sahabat kita Kapitan Uskut yang ada istirahat al-khair dalam daerah bandar Pulau Pinang barang diberi tuan Allah umur panjang serta dikekalkannya sahabat bersahabat dan kasih berkasihan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan dan bertambah2 beroleh kemuliaan dan kesenangan serta dipohonkan atasnya sihat dan afiat wa ba’dah 

daripada itu barang maklum kiranya sahabat kita maka adalah kita mengirimkan sekeping kertas yang kecil tiada dengan sepertinya pada menyatakan tulus dan ikhlas serta putih hati yakni serasa2 kita bertemu sendiri dengan sahabat kita daripada sangat rindu dan dendam yang tiada berkeputusan pada siang dan malam dan pada tiap2 waktu dan ketika tiadalah diperoleh daripada nama yang lupa dan lalai barang saat jua adanya dan adapun kita kehendaki kepada sahabat kita kita minta sutera dan kain hitam demikianlah adanya dan lagi kita minta kirimkan cindai seperti yang dahulu dan lagi kain emu  yang halus demikianlah adanya suatu pun tiada burhan al-hayat hanyalah lilin sepikul tanda tulus dan ikhlas tiada dengan sepertinya tamat al-kalam

Tersurat warqat ini kepada dua likur hari bulan Safar hari Arba’ pada waktu duha hijrat al-nabawiy 1209

No comments:

Post a Comment