Ya Qadiya al-Hajat
Alhamdulillah Rab al-‘alamin wa al-‘aqibat li al-muttaqin wa al-salat wa al-salam ‘ala rasulik sayyidina Muhamad sayyid al-anbiya’ wa al-mursalin wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in maka diiringi dengan beberapa hormat mulia iaitu daripada Raja Langkat barang disampaikan Tuhan habib al-Rahman apalah kiranya kepada sahabat beta Kapitan Seri Gurnador yang istirahat di dalam bandar Pulau Pinang yang beroleh taufiq dan hidayat daripada Tuhan kita Malik al-Rahman serta pangkat martabat kebesaran dan kemuliaan dan kekayaan selagi ada cakerawala matahari dan bulan dan lagi barang ditambahkan Allah Subhanah wa Ta’ala ‘izzat dan darjat dari dunia datang ke akhirat amin thumma amin wa ba’dahu
kemudian dari itu barang takrif kiranya sahabat beta akan hal perahu beta sebuah beta suruh mendapatkan sahabat beta ke Pulau Pinang perahu itu kecil muatannya rotan ada sedikit pertuanya Nakhoda Umat melainkan sahabat beta peliharakan baik2 jangan sahabat beta beri diambil orang cukainya suatu lagi jikalau ada kasih dan sayang sahabat beta akan beta ini beta hendak memohonkan garam barang sedikit sekadar kasih hati sahabat beta akan sambutan beta itulah suatu pun tiada alamat al-hayat hanya doa tiap2 fi al-lail wa al-nahar al-khair wa salamah tamat al-kalam ada tanda beta kampit sedikit gula sedikit
No comments:
Post a Comment