Tuesday, August 4, 2020

Surat Yang Dipertuan Sambas kepada Francis Light (MS 40320/11, f.143) berkaitan dagangan di Sambas dan pembelian senapang (Khamis, 8 Zulkaedah 1206 / 28 Jun 1792)

Bahawa inilah alamat daripada Duli Yang Dipertuan Sambas barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kepada sahabat kita Orang Besar Pulau Pinang 

jikalau ada suka sahabat kita berniaga dengan kita orang Sambas negeri yang kecil baiklah sahabat kita menyuruhkan membawa dagangan yang mana boleh laku di dalam negeri Sambas daripada hal dagangan itu sahabat kita periksa sama kapitan kerana dia yang sudah tahu daripada dagangan yang laku dan yang tiada laku demikianlah adanya sebagai lagi jikalau sahabat kita bersuruhan ke Sambas kita orang minta dibawakan meriam barang sepasang yang panjang dua depa jangan kurang daripada itu serta dengan pelurunya barang berapa harganya asal tolong dari sahabat kita demikianlah adanya tamat al-kalam tarikh kepada delapan hari bulan Zulkaedah pada hari Khamis fi waqt ‘asar 1206

No comments:

Post a Comment