Sunday, August 9, 2020

Surat Tengku Raja Ali Langat kepada Francis Light (MS 40320/11, f.150) berkaitan dagangan timah dan hutang (6 Rabiul Awal)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tukhfat al-ajnas serta suci hati putih hati serta muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan iaitu daripada Seri Paduka Tengku Raja Ali yang bermukim di dalam Langat barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gubernador di Pulau Pinang yang memegang tadbir al-ihsan daripada pihak pekerjaan kompeni Inggeris ialah yang amat budiman lagi bijaksana atas melakukan kasih berkasihan sahabat bersahabat juga adanya 

syahadan kemudian daripada itu mangka  adalah kita melayangkan warqat al-ikhlas ini kepada sahabat kita serta dengan orang kita Panglima Mesah  serta dengan Nakhoda Ismail serta membawa timah sedikit kepada sahabat kita akan jadi pertemuan kita kepada sahabat kita kerana sekarang belumlah lagi kita kerja membuat timah kerana ada kurang belanja kerana inilah akan jadi alamat kepada sahabat kita yang kita sudah kerja di dalam Langat itulah kita suruh bawa kepada sahabat kita dan lagi jikalau ada kasihan belas sahabat kita kita minta tolong kepada sahabat kita utang  barang tiga ribu ringgit jikalau ada kiranya pertolongan sahabat kita berikan kepada orang kita itu melainkan haraplah kita akan pertolongan sahabat kita syahadan lagi kita minta tolong kepada sahabat kita beras barang enam koyan kerana tiada sekali2 beras di dalam Langat kerana padi pun belum masak melainkan haraplah kita akan pertolongan sahabat kita dengan segeranya dan lagi haraplah kita akan pertolongan sahabat kita seperti orang kita itu sukar sakitnya di dalam negeri sahabat kita serta kita kirim tabik banyak2 kepada sahabat kita adanya termaktub pada enam hari bulan Rabiul Awal kepada waktu pukul jam sebelas

No comments:

Post a Comment