Monday, August 24, 2020

Surat Tengku Arung Tembujung kepada Nakhoda Kecik (MS 40320/11, f.163) berkaitan dagangan ke Pulau Pinang

 Qawluhu al-Haqq

Alhamdulillah allazi bayna  la zhimar  fi qulubi al-mukminin wa da’kunuz al-muhaimin  wa al-salat wa al-salam ‘ala man la nabiy al-mukhtar wa alihi al-khiyar wa salla Allah ‘ala al-nabiyyin Muhamad wa alihi wa sahbihi wa sallam salam doa serta takzim dan takrim iaitu daripada Tengku Arung Tembujung barang disampaikan Allah apalah kiranya datang kepada Nakhoda Kecik barang ditetapkan Allah Subhanah Ta’ala imannya dan amalnya min dar al-dunya wa ila dar al-jannah amin amin amin Allahumma amin ya Rab al-‘alamin wa ba’d 


kemudian [da]ri kepada itu kirim tabik kita kepada Gurnador dengan Kapitan Skot  ada perahu sebuah membawa dagangan sedikit nama nakhodanya Nakhoda Cacah  adalah semuanya perahu kita itu yang datang ke Pulau Pinang jikalau hendak dagangan beri dagangan jikalau hendak beras beri beras nanti lepas bulan Ramadhan kita datang ke Pulau Pinang membayar hutang kita jikalau hendak rial beri rial


No comments:

Post a Comment