Thursday, August 20, 2020

Senarai orang yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang (MS 40320/11, f.154)

 Ini fasal orang yang lari ke Pulau Pinang pertama2

Tukang larik iaitu Bila Iram  banyak berhutangnya belum berkira2 lagi kerana banyak tempat maka yang dibawa lari tukang larik bininya dua orang itu hamba di dalam itu sorang  Siam dan sorang Keling dan anak tirinya sorang perempuan dan orang berutang sorang perempuan namanya Mek Pah dan budak laki laki sorang hamba nama Selasih dan bini Mad Li tiga beranak

Dan Mubarak sorang laki laki


Dan tukang tembaga iaitu Syilamberam  banyak berhutangnya belum berkira2 lagi kerana banyak tempat maka yang dibawa lari tukang tembaga Mira Husain sorang laki laki hamba dan di bandar teman Hakim Seri Raja Muluk sorang laki laki dan Piru Muhamad teman Saudagar Raja sorang laki laki

Jadi jumlah kesemuanya empat belas orang dan orang berutang seorang perempuan nama Biram


No comments:

Post a Comment