Qawluhu al-Haqq
Fa hazihi warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada Seri Sultan Umar Aqamuddin ibn marhum Sultan Abu Bakar Kamaluddin yang bertahta kerajaan dan kebesaran dalam daerah negeri Sambas Darul Aman barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kepada sahabat kita Gurnador yang mempunyai tahta kerajaan dan kebesaran dalam daerah negeri Pulau Pinang yakni yang mempunyai perangai yang akmal al-ihsan bagi handai taulannya bayna al-qarib wa al-ba’id daripada segala dagang dan pada melakukan jalan kasih berkasihan daripada sahabat bersahabat dan lagi kita pohonkan atasnya sihat dan afiat selamat umur panjang adanya wa ba’dah
kemudian daripada itu barang maklum kiranya sahabat kita akan hal warqat al-ikhlas yang dibawa oleh Kapitan Sapsin itu serta dengan kain cindai sepasang dan budak seorang dan kain2 telah sampailah kepada kita orang dengan selamatnya fi sa’at al-mubarak dan pada ketika istirahat maka kita sambutlah dengan beberapa kesukaan dan keredhaan yang tiada menterainya seperti yang dalam surat sahabat kita itu maka mafhumlah kita syahadan sebagai lagi akan hal Kapitan Sapsin dia lambat kembali ke Pulau Pinang kerana kita orang terlalu banyak susah dalam negeri itulah kita orang minta tolong kepada kapitan minta nanti itulah halnya itupun kita orang harap akan suka tolong tolong sahabat kita demikianlah adanya dan sebagai lagi akan hal perniagaan kapitan itu lebih maklumlah sahabat kita akan hal negeri dalam susah melainkan sahabat kita mau tahu akan kesusahan negeri melainkan periksa sama kapitan demikianlah adanya suatu pun tiada yang disertakan kepada akhir warqat al-ikhlas hanyalah lilin dua pikul itupun akan tanda hidup jua adanya dan sebagai lagi akan hal sahabat kita minta ditolongkan kepada kita daripada hal piutang tuan Sayid Husain ‘Aidid kepada tuan Haji Yunus telah adalah kepada kapitan dan Sheikh Ahmad Baghawi itu banyaknya lima puluh tail mas lara dan yang laginya dia minta ditangguh kemudian demikianlah adanya tamat al-kalam
Tersurat warqat ini kepada empat belas hari bulan Rab Al-Awal dan kepada hari Sabtu dan kepada waktu al-duha hijrat al-Nubuwwah 1208
No comments:
Post a Comment