Tuesday, August 25, 2020

Surat Penggawa Kedah kepada Francis Light (MS 40320/11, f.167) berkaitan perkenalan dengan Mr Pigu dan dagangan papan

Kasih sayang serta tulus ikhlas yakin berkasih2 kasihan selama ada lagi cakerawala bulan dan matari  iaitu daripada beta Penggawa datang pada saha  beta Gurnador yang duduk dalam negeri Pulau Pinang yang akil bijaksana wa ba’d 


dari itu akan hal surat saha  beta itu telah sudahlah sampai pada beta dengan sempurnanya maka terebut dalamnya berkenal2 dengan saha  beta itu Mister Pigu  sudahlah berjumpa serta tapak tangan sudah beta ambil terima akan hal fasal papan itu kata saha  beta besar harganya maka adalah papan itu dua tiga puluh beta suruh teman2 taruh sebelah maka datang sarang dari kapal dan kelasi ambil muat maka beta kata jangan diambil kata sarang dan kelasi ini baik boleh masuk lubang tangkap kapal beta pula diamlah  maka sampai pada saha  beta besar harganya tiada boleh diterima akan hal besar kecik harganya itu pulang pada saha  beta kedua Kapitan Uskut  beta sekadar menerima suruh saha  beta tetak kayu masuk hutan itulah dikerjakan pada sehari2 ini maka itulah teman beta nama Abu Saman beta suruh pergi antar  surat Kapitan Uskut serta bawa papan ada delapan keping pinta saha  beta ambil terima sebermula akan hal tiang yang saha  beta suruh tetak itu sudahlah beta tetak lima puluh batang panjang empat belas dan tiga belas dan dua belas maka itulah beserta dibawa Abu Saman akan hal papan itu pada hemat beta tiada lagi angin besar mau segera saha  beta suruh teman barang dua kali ulang ambil papan kemudian jadi susah segala teman2 itu mana yang hal pada pinta saha  beta tolong kiranya tamat

No comments:

Post a Comment