Ya Qadiya Hajat
Bahawa ini surat tulus dan ikhlas daripada Tuanku Maraja Lela yang diduduk bermakam dalam negeri Pane iaitu datang kepada sahabat kita iaitu Kapitan Skot yang ada memegang perintah ba perniagaan dalam negeri kota Pulau Pinang dan ialah yang mempunyai perintah bijaksana pada melakakukan hukum yang adil pada menerangi pekerjaan segala hamba Allah gharib dan ba’id dan ialah tempat pernaungan segala manusia maka dipohonkan kepada amat hadrat Tuhan kita yang maha mulia lagi amat tinggi barang tetap kiranya di atas perintah yang demikian itu supaya ada tempat pernaungan segala anak dagang serta dengan sentosanya nescaya bertambah jua kiranya di atas perintah yang demikian itu selagi ada cakerawala bulan dan matahari jangan berubah kiranya kasih berkasihan pada antara kita dengan sahabat kita kedua pihak ini dengan sentosanya jua adanya amin thumma amin wa ba’d
kemudian daripada itu barang istifham kiranya sahabat kita akan hala kita tatkala masya dahulu kita menjulang sahabat kita ke Pulau Pinang minta kasih serta sayang kepada sahabat kita modal itupun ada rahim sahabat kepada kita maka mengucap sukurlah kita kepada Tuhan Jalla wa ‘izza sampai kita berjanji dengan sahabat kita itupun ingat juga kita Insya Allah Ta’ala apatah akal kita sampai kita berlayar sudah ke Pulau Jamar maka dikejar oleh lannu lalu baliklah kita ke dalam Pane sampai ada lima belas hari kita dalam Pane maka dalam antara itu maka datanglah anak Raja Siak ke kuala Pane membawa kita melanggar Asahan istifhamlah sahabat kita tiadalah boleh minta mitaki dari kita syerta memohon kepada Raja Siak itu kerana negeri kecik maka diikatkanlah mela langgar Asahan sampai tiga bulan kita dalam Asahan maka kita menengar khabar lanun sudah ada di Pulau Pinang itulah sebabnya maka tiada kita segera mendapatkan sahabat kita ke Pulau Pinang melainkan maaf jua kiranya diperbanyak oleh sahabat kita jikalau gusar sekali pun sahabat kita apatah akal kita lagi akan hal yang demikian ini kesusahan kita maka inilah kita menyuruh Nakhoda Muda datang mendapatkan sahabat kita membawa rotan ada sedikit dan barus ada sedikit akan membayar utang kita kepada sahabat kita berapa adanya kemudian daripada itu jikalau ada kasih sahabat kita lagi menolong minta utangnya lagi kita kepada sahabat kita berapa patut adanya kemudian daripada itu satupu[n] tiada tanda hayat ada lilin lima puluh kati jua adanya tiada dengan syepertinya tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam
No comments:
Post a Comment