Monday, August 24, 2020

Surat Teuku Muda Teluk Semawi kepada Francis Light (MS 40320/11, f.164) berkaitan dagangan beras, kapas dan opium

Ini alamat surat daripada Teuku  Muda Teluk Semawi barang disampaikan Allah Subhanah Wataala kiranya kepada saudara sahabah  kita Gunnadur  Pulau Pinang 


barang maklum kiranya akan hal ahwal perbuatan perahu ada hamba suruh belayar perahu kecil muatannya beras lebih dengan kurang hisinya  lima koyan tuan beri jangan lama basat  tuan suruh belayar ke Aceh tuan beri akan harga beras itu pertama2 kapas kedua opiun  itulah tuan kasih akan perahu itu kerana nenggeri  sangat gudah  perang dengan orang nenggeri sebab itulah jadi susah dan pinang dan lada jadi kesumat  sekarang pun tiada wasil dan kapal pun tiada putus sampai di segenap rantau maka jadi tiada berhipun  banyak dan kiriman hamba tiada satu hanya doa itulah seluar suti Pesangan satu demikianlah khabar ini tamat al-kalam bi al-khairi amin thumma amin 

No comments:

Post a Comment