Qawluhu al-Haqq
Bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu Seri Sultan Umar Aqamuddin yang bertahta kerajaan dalam negeri Sambas Darul Sigha ayyadah Allah bi nasrihi wa al-aqar barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kehadapan majlis sahabat kita tuan Gurnador yang bertahta kerajaan dalam negeri Pulau Pinang Darul Aman maka masyhurlah wartanya pada sekalian buldan pada hal mempunyai perangai yang lemah lembut seperti air yang sejuk lagi manis menghilangkan haus segala sahabatnya dan terlalu arif bijaksana pada hal melakukan berkasih kasihan serta tolong menolong pada segala sahabatnya yang qarib dan ba’id pada hal melimpahkan ihsannya pada segala dagang dan gharib barang ditambah Tuhan kita kebesaran dan kemuliaannya amin wa ba’dah
kemudian daripada itu barang maklum kiranya sahabat kita Gurnador akan hal sahabat kita suruh sebuah kapal Kampitan Uskut mudiklah wasillah dengan selamatnya pada saat yang khabar dan pada ketika mubarak maka kita terimalah dengan beberapa kesukaan dan keredhaannya yang tiada menaruh syak dan waham semata2 menerima kasih demikianlah adanya dan sebagai lagi ada tersebut kain antelas dua kayu itupun menerima kasih banyak2 kemudian dari itu ada kain satu ikat dibawa kampitan ini itupun sudah kita ambil kirimkan kepada Raja Brunei lalu kita orang berpesan kepada sahabat kita minta kirimkan peluru rentaka barang dua puluh pikul dan rentaka besi barang dua puluh dan peluru lela barang sepuluh pikul dan kain hamu yang halus barang sepuluh kayu dan kain cenda seperti yang dikirimkan Kampitan Uskut duhulu barang sepuluh kayu demikianlah adanya suatu pun tiada burhan al-hayat hanyalah lilin dua pikul dipesertakan pada akhir warqat al-ikhlas akan barang2 gunanya tersurat kepada sembilan hari bulan Ramadhan pada malam arba’ waktu jam pukul sembilan sanat 1208 kepada tahun jim tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam
No comments:
Post a Comment