Wednesday, August 5, 2020

Surat Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light (MS 40320/11, f.145) berkaitan pembelian meriam (Jumaat, 22 Jamadil Akhir 1204 / Mac 1790)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu Seri Sultan Umar Aqamuddin yang bertahta  kerajaan dalam negeri Sambas Darul Sighar barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kepada majlis sahabat kita yakni Gurnador yang mempunyai perintah di dalam daerah bandar Pulang  Pinang yang beroleh pangkat darjat kebesaran dan kelimpahan dan makmur daripada sekalian yang ada bi maqsud dan berkehendak kepadanya maka termasyhurlah daripada sekalian negeri yang besar2 dan kecil daripada menengar budi pekertinya yang amat masyhur daripada sahabat bersahabat kasih berkasihan maka sekaliannya pun hendaklah bernaung kepadanya selagi ada peredaran nur al-shams wa al-qamar tiadalah daripada menengar budi pekerinan  yang amat masyhur limpah makmur kepada sekalian dagang dan gharib miskin dan yatim maka hendaklah bernaung kepadanya qarib wa al-ba’id demikianlah adanya amma ba’d 

kemudian daripada itu barang mafhum kiranya sahabat kita akan hal warqat al-ikhlas yang diihtimalkan kepada tuan Sayid Husain ‘Aidid itu telah wasillah kepada kita orang dengan selamatnya fi sa’at al-mubarak pada ketika istirahat maka kita sambutlah dengan beberapa kesukaan dan keredhaan yang tiada menterinya maka kita bukalah daripada limpatan menterinya serta ditatap janib  shatar maka kharijlah daripada kalam al-nasihat dan ma’dat  yang hasanat pada menyatakan tulus dan ikhlas tanda sahabat bersahabat antara kedua buldan akan hal kasih dan kasihan sahabat kita kepada kita orang terima kasih banyak2 kita orang kirim tabib kepada sahabat kita jikalau ada belas kasihan sahabat kita minta tolong meriam barang sepasang panjang dua depa atau tujuh hasta barang berapa patut harganya kita orang ganti di Sambas dan sebagai lagi jikalau ada sahabat kita menyuruh ke Sambas mintalah beralamat kepada kita supaya kita tahu akan suruhan sahabat kita demikianlah adanya syahadan sebagai lagi jikalau ada orang Sambas tedampar  ke Pulau Pinang atau datang berniaga haraplah kita akan tolong sahabat kita barang suatu hal ahwalnya baik daripada sukar sakinya  demikianlah adanya tamat al-kalam tersurat warqat ini daripada hari Jumaat pada dua likur bulan Jamadil Akhir pada tahun ba hijrat al-nabiy seribu dua ratus empat tahun

No comments:

Post a Comment