Monday, August 3, 2020

Surat Sultan Umar Aqamuddin Sambas kepada Francis Light (MS 40320/11, f.142) berkaitan dagangan lada (Sabtu, 12 Safar 1207 / 29 September 1792)

Qawluh al-Haqq

Bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada Seri Paduka Sultan Umar Aqamuddin ibn Marhum Sultan Abu Bakar Kamaluddin yang bertahta  kerajaan di dalam negeri Sambas Darul Sighar  ayyadah Allah bi nasrih wa al-awkar  barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala kiranya kepada majlis sahabat kita Tuan Gurnador yang mempunyai perintah di dalam bandar Pulau Pinang Darul Ihsan yang diberi Allah limpah dan makmur sekalian dagang dan gharib maka mashurlah  pada sekalian negeri yang besar dan yang kecil menengar  budi pekertinnya  yang amat madrur  daripada segala perintah dan mengasihi segala anak dagang yang gharib wa al-ba’id daripada hal sahabat bersahabat dan kasih berkasihan dan sekalian pun hendaklah bernaung kepadanya selagi ada peredaran nur al-shams wa al-qamar janganlah hali  daripada hal suruh bersuruhan dan kasih berkasihan demikianlah adanya wa ba’dah 

kemudian daripada itu barang mafhum kiranya sahabat kita daripada hal warqat al-ikhlas daripada sahabat kita serta dengan kiriman kitab telah wasillah kepada kita orang dengan selamatnya fi sa’at al-mubarak maka kita sambutlah dengan beberapa kesukaan dan keredhaan yang tiada menterai  yakni seperti kita orang bertemu sendiri dengan sahabat kita sahadan  sebagai lagi akan hal sahabat kita minta dihimpunkan lada barang empat lima ribu pikul itu sebenarnya jikalau ada dengan putih hati sahabat kita serta dengan kasihan kita minta tolong daripada pokok kerana lebih maklumlah sahabat kita kerana kita baharu bangun daripada mati jikalau tiada sahabat kita menolong laksana tanaman yang tiadakan hujan demikianlah adanya dan sebagai lagi akan hal sahabat kita mau tahu daripada kesakitan kita orang Sambas sahabat kita tanya kepada Kapitan Uskat  kerana dia sudah lihat sendiri kerana kuala baharu terbuka dan orang dagang belum ada yang datang seperti dahulu dan orang Sambas pun belum ada keluar pergi berniaga kerana lagi dalam kesusahan daripada makanan melainkan lebih maklumlah sahabat kita demikianlah adanya intaha al-kalam bi ‘afwu rab al-manan suatupun tiada burhan al-hayat yang dipesertakan kepada akhir warqat ini hanyalah budak perempuan dua orang itupun tanda hidup jua adanya laksana bunga yang nirmala jua adanya tersurat warqah ini kepada dua belas hari bulan Safar kepada hari Sabtu dan kepada waktu asar hijrat al-nabiy 1207

No comments:

Post a Comment