Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada pekitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Ibrahim sampai kepada sahabat beta Kapitan Asakat yang akil bijaksana masyhur sampai ke mana2 teguh setia dengan segala sahabat handai dan taulan
kemudian daripada itu adalah kiriman beta seekor anak beruang betina akan sahabat beta dibawa Sahbandar Seri Maharaja Paduka itu akan jadi permainan pinta sahabat beta terima ambil dengan ikhlas putih hati tanda berkasihan2 kemudian adalah budak2 beta lari pergi ke Pulau Pinang empat orang dalam itu perempuan dua beranak nama Dewi ampun kurnia Nian beta paduka marhum dan yang dua orang itu laki laki seorang nama Nahu ampun kurnia duli baginda akan beta dan seorang itu nama Alang beta tebus sendiri pada Piru Muhamad maka itulah budak beta nama Imat yang kenal budak2 empat orang itu diberi pergi bersama2 Sahbandar itu maka dengan kasih sahabat beta tolong bicara ambil budak2 empat orang itu serah beri mari pada Sahbandar itu dengan segeranya jika budak2 itu buat bantahan sahabat beta suruh tangkap ikat dengan teguhnya beri mari pada beta kalau2 ia lari pula akan budak Alang itulah sahabat beta ambil boleh2 yang lain itu jika tiada boleh sahabat beta bicara lagi biarlah dahulu kemudian pula sahabat beta beri mari pada beta maka budak Alang itu juga sahabat beta ambil beri mari boleh2 serah beri pada Sahbandar itu dengan segeranya ahwal itulah beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat hari Arba’ sepuluh hari bulan Sa’ban tamat
Bermula dahulu pun sudah beta nyatakan surat pada Gurnador katanya tiada boleh ambil beri mari lagi budak2 itu kerana tengah susah maka yang dahulu itu jika tiada boleh lagi pun biarlah kemudian sudah Gurnador kata hendak ambil beri akan budak Alang itu juga sahabat beta ambil beri mari pada beta tamat
No comments:
Post a Comment