Qultu Asah
Bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia dari fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada sultan yang bertahta kerajaan dalam negeri Sambas yang bernama Sultan Umar Aqamuddin
barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kiranya kepada orang besar yang duduk di Pulau Pinang jikalau ada kapal mau berniaga dengan kita orang Sambas hendaklah kita minta bawakan meriam dan sendawa dan ubat bedil dan peluru jikalau ada yang demikian maulah kita berniaga barang apa yang dikehendak seperti lada atau timah bolehlah kita carikan atau emas jikalau mau hendaklah dalam dua tiga bulan ini demikianlah adanya maka kita menyuruhkan Nakhoda Pok mendapatkan senyor di Pulau Pinang mencari barang2 jikalau ada sukar sakitnya dan barang sesuatu hal ahwalnya melainkan haraplah akan tolong senyor demikianlah adanya intaha al-kalam bi ‘afw rabbih al-mannan
No comments:
Post a Comment