Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Sidiq
Bahawa inilah warqat al-ikhlas yang terbit daripada fuad al-zakiyyat serta kirim tabik banyak2 iaitu daripada Tuan Sayid Abdullah bin Berahim bin Yahya yang duduk terwaqaf dalam negeri Palembang muda2han barang disampaikan Allah Subhanah wa Ta’ala apalah kiranya datang ke hadapan sahabat kita yang kedua iaitu Gurnador serta Kapitan Uskat yang di Pulau Pinang
maka adalah hamba memberi habar daripada perkara hamba berlayar dari Pulau Pinang telah selamatlah sampai ke negeri Palembang maka sekarang hendak pun hamba berlayar dari kerana tempat anak2 belum tentu baharu hamba buat satu rakit maka sekarang duduk dalam rakit jua belum lagi teper buat rumah maka sebab itulah hamba tiada berlayar melainkan anakda Sayid Abdullah bin Abu Bakar yang hamba suruhkan dahulu Allah ba’d al-rasulNya harablah hamba kepada sahabat kita yang kedua akan menolongi atas barang suatu hal ahwalnya maka adalah dagangan yang dibawanya garam dan minyak dan paku dan keminyan serba sedikit2 maka sekalian yang tersebut itu harablah hamba akan sahabat kita menolonginya akan mengambil sekalian dagangan yang tersebut itu dari kerana hamba hendak jelaskan sekalian pekerjaan tahun yang dahulu kalau sudah jelas pekerjaan yang dahulu kalau kiranya sahabat kita bermaksud jua baik kerana tuan Sayid Abdullah itu adalah misal tubuh hamba jua maka hendaklah sahabat kita tolong dengan segeranya supaya ia segera pulang ke Palembang mana dagangan yang patut kepada sahabat kita berilah kepada tuan Sayid Abdullah Insya Allah Ta’ala musim datang kalau ada lagi hayat hamba sendirilah hendak bertemu dengan sahabat kita itulah adanya intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam khatam
Tersurat kepada sepuluh hari bulan Muharam pada hari Ahad waktu jam pukul sembilan pagi2 itulah adanya
No comments:
Post a Comment