Friday, September 18, 2020

Surat Raja Muda Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.19) berkaitan hamba dibawa dari Perlis ke Pulau Pinang (Isnin, 21 Zulhijah 1205 / 22 Ogos 1791)

 Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta muafakat yang tiada berputusan daripada beta Raja Muda sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang termasyhur gah kepujian pada segala negeri atas angin dan baruh angin 


kemudian dari itu beta nyatakan perintah budak2 Siam empat beranak yang dijual teman beta pada Patam di Pulau Pinang itu nyatalah budak2 itu dibawanya dari Perlis sudah dengan benar beta maka ini khabarnya dengan sebab orang Siam itu bunuh anaknya seorang sahabat beta ambil pegang taruh kehendaki kenyataan daripada beta sebab titah duli Yang Dipertuan pada sahabat beta suruh pegang segala budak2 yang tiada berkenyataan amat benarlah perintah sahabat beta jika budak2 dari Perlis inipun barang yang tiada membawa surat beta dan segala orang bekerja dalam Perlis ini sahabat beta pegang ambil pinta kenyataan pada mereka itu maka akan budak Siam ini sudah Patam mari berkira2 sudah selesai dibayarnya harga tengah tujuh puluh rial tiga beranak itu inilah Patam pergi pada sahabat beta pulangkanlah budak2 itu dan jika sahabat beta berkenan pun dibayar harga akan Patam itu maka itulah beta nyatakan pergi surat hari Isnin selikur bulan Zulhijjah tamat 125

No comments:

Post a Comment