Saturday, September 19, 2020

Surat Ikrar Tengku Raden Sharif Muhamad (MS 40320/7, f.20) berkaitan ambilan Nakhoda Raja dan Nakhoda Sudin (Ahad, Syawal 1205 Tahun Dal Akhir / Jun 1791)

 Qawluhu al-Haqq

Min hijrat al-Nabiy Sallahu ‘alayh wa sallam seribu dua ratus lima tahun pada tahun Dal Akhir pada bulan Syawal pada hari Ahad bahawa pada ketika itu ini menyatakan ambilan Nakhoda Raja dan Nakhoda Sudin pada ke bawah duli Tenku Raden Muhamad Yang Maha Mulia 


pertama rial lima rial dan opiun lima kati harganya pada sekati lima rial dan rial pula lima puluh rial dan kain putih gajah lima kayu harganya pada sekayu enam rial dan kain suri sepuluh kayu harganya pada sekayu empat rial dan sapu tangan tiga kayu harganya sepuluh rial jumlah seratus enam puluh rial disalin daripada tangan daftar besar lain daripada beras tamat

No comments:

Post a Comment