Wednesday, September 16, 2020

Surat Bendahara dan Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.14) berkaitan pendudukan Inggeris di Pulau Pinang (Sabtu, 28 Rejab 1205 / 2 April 1791)

 Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala bulan dan matahari daripada beta Bendahara dan Laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang termasyhur gah kepujian daripada segenap perkaranya 


ahwal akan surat sahabat beta dibawa Raja Jaya Indera Cik Ngah Penghulu Jamal ini sampailah pada beta kedua maka perintah tahun yang telah lalu itu kerja sedikit tiadalah patut sahabat beta tolak kepada Jenderal kerana sudah ada wasil sahabat beta pun sudah Yang Dipertuan terima tambahan dalam surat sahabat beta yang dihantar bersama rial lima ribu dengan surat rencana itu sudah khusus kata selama lamanya orang Inggeris duduk di Pulau Pinang itu bayar kerugian Yang Dipertuan setahun2 selaksa rial maka tentu tersebut dalam surat itu kata tengah lima tahun lebih kurang kompeni duduk di Pulau Pinang itu maka betapa hal sahabat beta nyatakan mari surat kemudian tiada boleh tentu tahun yang telah lalu itu maka surat itupun sudah Tenku Raja Muda Yang Maha Mulia maklumkan pergi ke Kedah serta dengan surat beta kedua sembahkan pada Tenku itu jika seperti surat yang baharu mari ini beta kedua pun jadi boleh salah pada ke bawah duli baginda dengan sebab salah ambilan menurut bunyi surat sahabat beta dahulu itu maka beta kedua pun menaruh gundah hati maka inilah beta beri Maharaja Setia dan Raja Jaya Indera ini pergi pada sahabat beta boleh putus bicara tahun yang telah lalu itu atau kapitan Uskut sahabat beta beri mari boleh beta kedua muafakat bicara pada segala perintah ini ahwal inilah beta kedua nyatakan perbuat surat delapan likur bulan Rejab hari Sabtu tamat

No comments:

Post a Comment