Tuesday, September 29, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.32) berkaitan hutang Muhamad Miyya dan Sheikh Miyya (Khamis, 11 Rabiul Awal 1208 / 17 Oktober 1793)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2 


kemudian daripada itu adalah Muhamad Miyya dan Syeikh Miyya berhutang pada beta seperti tapak tangannya dulapan ribu dulapan ratus rial perjanjian balik dari negeri Keling hendak dibayar maka pada tahun itu tiada ia mari pada beta kemudian pada tahun dahulu Syeikh Miyya sampai mari ke Pulau Pinang buat tipu akan beta kata ia hendak mari pada beta maka tiba2 sudah ia lari pergi ke Perak sampai khabar itu pada beta maka beta beri pergi surat akan sahabat beta minta dengan penolong sahabat beta keluarkan modal serta labanya pada tahun itu jadi sembilan ribu enam ratus rial di atas harta Syeikh Miyya maka sudahlah sahabat beta keluarkan pada Miyya Hafis wakil Syeikh Miyya itu empat ribu lima ratus rial serah beri mari pada Setia Raja bersama dengan surat sahabat beta maka tersebut di dalam surat sahabat beta yang baki lagi itu ia berjanji hendak dibayar di negeri Keling pada wakil beta itu sebahagi dan sebahagi itu ia sampai ke Pulau Pinang hendak dibayar selesaikan maka sudahlah beta suruh orang pergi ke negeri Keling terima harta itu boleh atau tiada boleh pun tiada sampai khabar lagi apabila sampai Syeikh Miyya ke Pulau Pinang beta minta dengan penolong sahabat beta keluarkan harta beta baki lagi pada Syeikh Miyya lima ribu seratus rial serta dengan laba pada tahun ini beri mari pada beta boleh beta beri pergi surat tapak tangannya itu telah haraplah beta akan penolong sahabat beta keluarkan beri mari rial itu ahwal inilah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat hari Khamis sebelas haribulan Rabiul Awal tamat

No comments:

Post a Comment