Saturday, September 12, 2020

Surat Raja Muda Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.10) berkaitan dagangan emas, lembu dan beras (Sabtu, 26 Rabiul Awal 1205 Tahun Dal Akhir / 4 Disember 1790)

 al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus ikhlas daripada beta Raja Muda sampai kepada sahabat beta Gurnador yang memerintah Pulau Pinang yang termasyhur sebutan pada jalan berkasih kasihan dengan segala handai taulannya 


kemudian dari itu ahwal akan surat dan penyuruh sahabat beta Hakim Cik Amat tersebut sahabat beta pinta tolong emas ambilan beta itu maka ambilan beta itu sudah janji dari dahulu barang yang boleh seperti lembu dan beras dan emas mana yang ada hadir itulah beta beri pergi maka ini rial ada boleh dua ratus beta suruh serahkan pada penyuruh sahabat beta itu maka ada beras terhimpun beta suruh beri pergi tiada mau diterima penyuruh sahabat beta itu kemudian inilah pula beta suruh bawa pergi hantarkan pada sahabat beta bermula jika ada kasih sahabat beta2 pinta sahabat beta cahari lanca pakaian yang berlapis timba gayung baik2 muatan tiga empat koyan beri mari serta tentukan dengan harganya boleh beta beri pergi harablah beta akan bolehnya maka itulah dinyatakan surat hari Sabtu enam likur bulan Rabiul Awal tamat 125 tahun Dal Akhir

No comments:

Post a Comment