Tuesday, September 22, 2020

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.23) berkaitan masalah lanun (Selasa, 7 Rabiul Akhir 1205 / 14 Disember 1790)

 Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas daripada Laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


adalah surat sahabat beta beri mari akan beta pinta tolong perahu sepuluh buah hendak sekat orang lanun maka di dalam beta duduk baiki perahu hendak beri pergi kepada sahabat beta maka khabar orang mari dari Pulau Pinang kata lanun itu sudah mari sampai ke Pulau Bunting maka duli baginda Yang Dipertuan Yang Maha Mulia pun berangkat ilir ke kuala baiki kukuhkan kuala itu serta duduk siapkan perahu barang yang ada ini maka pada hari Sabtu ini mari Jaga2 tiga buah ikut lanun itu berdan di Kuala Tebangau maka dipukul Jaga2 itu dengan meriam beta pun tiada ketahui sampai hari malam lanun itupun lari pergi ke sebelah barat maka perahu ini adalah sudah beta siapkan setengah inilah dinyatakan pada sahabat beta apa kira sahabat beta pinta nyatakan mari boleh beta ketahui maka itulah surat titah dibawa Syahbandar sampaikan pada sahabat beta nyatakan perintah itu maka segala khabar nyatalah pada Syahbandar buat surat tujuh hari bulan Rabiul Akhir hari Selasa tamat

No comments:

Post a Comment