Saturday, September 26, 2020

Surat Bendahara Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.28) berkaitan pembelian opium (Jumaat, 5 Rabiul Awal)

 Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada Bendahara barang disampaikan Tuhan Allah kepada sahabat beta To’ Gurnador yang memerintah segala kerja di dalam Pulau Pinang lagi sangat pandai membela segala dagang senteri qarib dan ba’id 


maka adalah beta menyuruh Nakhoda Nuh ini pergi ke negeri Pahang mengikut teman2 yang disuruh cucunda Long Ismail pergi dahulu kerana lama sudah ia pergi tiada balik mari lagi serta disuruh Nakhoda Nuh ini menunggu hutang piutang maka inilah hamba minta tolong pada sahabat beta opiun barang sepeti boleh dibawanya pergi buat bekal teman2 di jalan2 telah haraplah beta To’ Gurnador tolong beri opiun itu dengan segeranya boleh segera ia pergi akan harganya itu beta pinta bertangguh pada sahabat beta sementara balik teman yang beta suruh ini boleh beta bicarakan bayar beri selesai ahwal inilah beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat lima hari bulan Rabiul Awal hari Jumaat tamat 

No comments:

Post a Comment