Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas serta berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tenku Sharif Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang pandai pada pihak perintah bersahabat lagi akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana2
maka adalah budak adik beta ini bernama Ikiyu pergi bersama Nakhoda Husna Marikan maka budak itu tinggal ada di Pulau Pinang maka inilah beta beri Nakhoda Husna Marikan pergi dapatkan sahabat beta pinta dengan penolong sahabat beta ambil budak Ikiyu itu serahkan pada nakhoda itu boleh dibawa mari pada beta haraplah beta akan penolong sahabat beta serahkan budak itu suruh Nakhoda Husna Marikan ini pulang mari dengan segera karena ia itu beta duduk suruh inilah beta nyatakan kepada sahabat beta perbuat surat pada dua puluh haribulan Syawal hari Khamis tamat sebagai lagi jika sahabat beta hendak lembu atau kerbau nyatakan mari pada beta boleh beta tolong himpunkan kutib beli dari sekarang inilah dinyatakan
No comments:
Post a Comment