Friday, September 25, 2020

Surat Raja Cenak kepada James Scott (MS 40320/7, f.26) berkaitan bekalan opium (Selasa, 4 Rabiul Awal 1206 Tahun2 Alif / 1 November 1791)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih sayang yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Cenak sampai kepada sahabat beta Kapitan Uskut yang bermakam di dalam bandar Pulau Pinang lagi arif bijaksana dan mengasihani akan segala dagang senteri yang terinaya 


maka adalah beta menyuruh teman beta ini Long Derga pergi pada sahabat beta dipinta opiun barang tiga peti seperti harganya sahabat beta beri akan Tenku Raden itulah sahabat beta beri akan beta akan opiun itu pinta sahabat beta serah beri opiun yang baik kepala opiun serah beri pada teman beta itu Long Derga dan Cik Akib akan ambilan beta dahulu itu banyak fasal sudah wasil beta pinta sahabat beta kira2 perbuat daftar berapa banyak lagi di atas beta hantar mari boleh beta suruh hantar pergi selesaikan fasal dahulu dan baharu ini harablah beta akan bolehnya kerana ada guna sedikit pada beta opiun itu ahwal itulah dinyatakan perbuat surat pada empat haribulan Rabiul Awal hari Selasa pada sanah 1206 tahun2 Alif

No comments:

Post a Comment