Thursday, September 10, 2020

Surat Bendahara dan Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.9) berkaitan pertemuan dengan Francis Light

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta Bendahara dan Laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada segala pekerjaan 


ahwal akan surat sahabat beta panggil beta kedua pergi ke Pulau Pinang itu maka mari beta kedua ini dititahkan membawa anak Raja2 dan Menteri hulubalang maka tiadalah boleh beta kedua tinggalkan sekaliannya ini jika beta pergi dengan kelengkapan maka fikir beta jadi binasa kerja karena orang baik tiada dapat tiada adalah salah seorang mendatangkan kerja kejahatan tambahan orang ilanun ini maka sahabat beta pun pada ketika ini hendak mari mengadap Tenku Raja Muda menaruh zan hati sebab khabar orang yang tiada berketahuan maka kerja ini yang khusus rupa titah kehendak baginda yang beta kedua junjung mari ini seperti rencana yang beta surat beri pergi inilah jika sungguh sahabat beta hendak cahari jalan kebajikan dengan Yang Dipertuan serta tiada mau berkecil hati dengan beta sekalian maka sahabat beta perbuatlah surat janji sahabat beta menurut rencana ini hantar mari bersama rial selaksa itu boleh beta kedua bawa pulang segala angkatan ini dan orang Ilanun inipun diberi berlayar pulang akan surat ikrar sahabat beta boleh Yang Dipertuan pegang taruh jika suka Jenderal menurut janji ini boleh sahabat beta ambil dengan surat cap Jenderal boleh beta kedua pohonkan surat cap Yang Dipertuan beri akan sahabat beta jika tiada sahabat beta turut seperti surat beta ini tiadalah beta kedua terbicara lagi lebih ikhtiar sahabat beta pada genap perkaranya maka inilah Raja Jaya Indera dan Cik Ngah Penghulu Jamal serta dengan Syaudagar Mirangkandu diberi pergi pada sahabat beta segala khabar nyatalah pada orang tiga ini buat surat sembilan belas bulan Rejab hari Jumaat tamat

(Belakang surat)

Surat cit daripada beta Gurnador Pulau Pinang sampai xxxx sahabat beta Dato’ Bendahara dan Dato’ Laksamana yang amat mulia wa ba’d dari itu ahwal akan surat sahabat beta dibawa Raja Jaya Indera dan Cik Ngah Penghulu Jamal itu sampailah pada beta dengan sempurnanya maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah beta segenap perkaranya maka surat itu belum beta salin lagi apabila sudah salin boleh beta balas surat sahabat beta diberi pergi ahwal inilah beta maklumkan izzat tamat 

No comments:

Post a Comment