Thursday, September 17, 2020

Surat Tengku Sharif Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.18) berkaitan penjualan beras (Isnin, 8 Zulkaedah)

Surat cit daripada beta Tenku Sharif Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


ahwal adalah sahabat beta pinta tolong beta beli beras maka sudah beta beli beras itu maka sahabat beta hendak suruh Jaga2 mari terima ambil maka lama sudah tiada sampai mari lagi jadi kesakitan teman2 beta duduk tunggu beras itu inilah beta pinta sahabat beta suruh mari terima ambil dalam sehari dua ini jangan jadi binasa beras itu inilah beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat pada dulapan hari bulan Zulkaedah hari Isnin tamat

No comments:

Post a Comment