Monday, September 28, 2020

Surat Paduka Seri Maharaja Lela kepada Francis Light (MS 40320/7, f.29) mohon ditumpangkan Sayid Muhamad pergi ke Batu Bara

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas muafakat yang sudi daripada Paduka Seri Maharaja Lela mari sampai kepada Dato’ Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana 


maka adalah cucu perhamba itu Sayid Muhamad hendak pergi ke Batu Bara mengikut mentuhanya anak perhamba Ngah Uthman ambil bawa pulang mari maka barang hal Sayid Muhamad itu pinta Dato’ Gurnador tolong diberi tumpangkan pada orang yang baik2 pergi ke Batu Bara itu boleh segera sampai pulang mari dengan sejahteranya inilah perhamba pinta tolong pada Dato’ Gurnador kerana banyak sudah kebajikan daripada Dato’ Gurnador itu melainkan Tuan sarwa alamlah membalas kebajikan daripada Dato’ Gurnador itu inilah perhamba maklumkan barang lagi ditolong Tuan sarwa alam bertambah2 tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment