Ya ‘Aziz al-Karim
Ampun tuanku patik Raja Lela Muda sakai yang hina daripada sekalian hina maklumkan sembah ke bawah duli Tengku Su yang teramat mulia
ahwal patik maklumkan maka adalah perintah Kedah dengan Tanjung Penaga ini tetablah jadi berseteru tiadakan baik pada pendapat patik maka tuan patik duduk di Tanjung itu tiadalah sedap hati patik tambahan titah duli baginda syerta sabda Dato’2 suruh patik maklumkan fasal paduka kekanda itu Tengku Puteri itu jika boleh tuan patik bawa taruh ke Perai itu jika tiada boleh dengan lahirnya dengan batinnya tuan patik bawa ke Perai juga meski tubuh sahaja ditawa dengan bicara tuan patik boleh patik hamba ambil kebarung jika dengan bicara tuan patik akan tuan patik pun baik beringat2 kerana perintah ini sudah mau halis dengan Inggeris ini akan tuan patik yang perempuan itu jika sampai hemat tuan patik baik juga tuan patik fikirkan seperti sembah patik ini ahwal inilah patik maklumkan izzat sa’adat bertambah2 ‘ala dawam tamat
No comments:
Post a Comment