Sunday, September 6, 2020

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.5) berkaitan hutang 200 rial dan harga 4 pucuk senapang (7 Rabiul Akhir 1205 / 15 Disember 1790)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


maka adalah surat sahabat beta beri mari pinta tunggu segala orang berhutang maka inilah beta tunggu pada Nakhoda Abdullah hutangnya dua ratus rial sudah diwasilnya seratus enam puluh rial tinggal baki lagi empat puluh rial maka inilah beta beri pergi dibawak Nakhoda Muhamad yang harga senapang empat pucuk itu dua puluh lima rial ia pinta bertangguh hendak beri pergi berjumpa dengan sahabat beta hendak berkira2 selesaikan pinta sahabat beta nyata mari surat tanda sudah selesai rial empat puluh itu boleh beta nyatakan padanya sebermula fasal ambilan To’ Maharaja Lela katanya sudah selesai berkira2 dalam harga beras ahwal inilah beta nyatakan pergi surat ini pada tujuh hari bulan Rabiul Akhir


No comments:

Post a Comment