Wednesday, September 16, 2020

Surat Bendahara Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.16) berkaitan budak2 yang lari ke Pulau Pinang (Jumaat, 13 Safar 1205 / 22 Oktober 1790)

 Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada Bendahara datang kepada sahabat beta To’ Gurnador yang memerintah Pulau Pinang lagi arif bijaksana masyhur wartanya disebut orang sekalian serta sangat membela hati segala sahabat handai taulannya qarib dan ba’id 


kemudian dari itu maka adalah beta suruhkan syaudara beta ini Wan Ta’rif pergi mendapat sahabat beta menyatakan fasal budak2 yang lari pergi ke Pulau Pinang maka ia mengatakan dirinya bukan hamba orang maka perintah orang lari meninggal tuannya itu sahabat beta pun amat faham maukah ia mengatakan kejahatan dirinya melainkan tuannya itulah diperjahatnya maka beta hendak suruh syaudara beta pergi dari selamanya mendapat sahabat beta karena beta duduk dalam susah hati tiada berhenti baharu sekarang inilah boleh beta suruh syaudara beta ini pergi pada sahabat beta menyatakan ketibaan budak2 itu tentu hamba asalnya diketahui am khas sekalian sudah berlapis2 jualannya beberapa kali sudah maka ditebus saudara beta ini disuruhnya beberapa lama maka baharu ia lari inilah ia berbuat bicara berbagai2 maka sekarang ini jika ada kasih sahabat beta2 pintalah budak2 itu dipulangkan pada syaudara beta ini boleh dibawanya pulang mari segera kerana budak2 itu sangat disayang oleh saudara beta ini kerana ia sekalian itu budak2 sedia lama tahu arta cara bahasa negeri Kedah ini telah haraplah beta akan kasihan serta kasih sahabat beta akan syaudara beta ini dikembalikan budak2 itu perbuat surat tiga belas haribulan Safar hari Jumaat tamat

No comments:

Post a Comment