Thursday, October 1, 2020

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.33) berkaitan hutang dan lanun (29 Rabiul Awal)

 al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


ahwal akan surat sahabat beta beri mari pada Cik Amat serta dengan daftar segala orang yang mengambil hutang pada Kapitan Uskut pinta beta tolong kerasi tunggu maka seketika itu juga sampai Cik Ngah Penghulu Jamal membawak surat sahabat beta tersebut dalamnya pinta perahu hendak pergi hambat orang lanun sudah sampai ke Pulau Kera maka duli baginda pun hadir keluar titah suruh beta muafakat dengan Dato’ Bendahara siapi segera suruh pergi bantu maka Cik Ngah beta siap sebuah perahu suruh pergi nyata dahulu maka sampai ke Kuala Sala dilihatnya perahu orang banyak berlayar mari tuju ke Pulau Pinang maka ia balik mari nyatakan maka disuruh pergi lihat dua tiga kali dengan sampan tiada yang sampai tiadalah boleh tentu hendak langsung pergi pada sahabat beta pun tiada boleh lepas kerana ia duduk di jalan maka ini To’ Bandar sendiri disuruh pergi lihat boleh ditahu kehendaknya inilah Cik Amat beri pulang pergi nyatakan pada sahabat beta perintah ini maka beta apa sekalian duduk siap kuala serta tunggu jaga akan perahu pun adalah tiga puluh buah yang sudah siap kecik besar balik To’ Bandar ini boleh beta beri pergi nyata pada sahabat beta akan daftar sahabat beta beri mari pada Cik Amat itu sudah beta suruh Cik Amat salin taruh pada beta satu barang kali senang boleh beta tolong kerasi tunggu akan ambilan beta tersebut wasil itu kata Bendahari berselisih dua tiga tempat2 itu tiadalah apa beta berjumpa dengan sahabat beta boleh dikira2 selesaikan ahwal inilah dinyatakan perbuat surat ini pada sembilan likur hari bulan Rabiul Awal tamat 

syahadan beta hendak pegang nanti Cutan hendak tolong tunggu segala piutang itu tengah susah lagi inilah dinyatakan tamat

No comments:

Post a Comment