Sunday, August 15, 2021

Webinar Menyingkap Identiti Selangor, 29 Julai 2021

Warkah dari Selangor dalam Koleksi Warkah Francis Light:

1) Warkah Sultan Selangor, Sultan Ibrahim Shah (47 pucuk)

2) Warkah Raja Muda Selangor, Raja Nala (17 pucuk)

3) Warkah Isteri Raja Muda Selangor (3 pucuk)

4) Warkah Syahbandar Selangor (7 pucuk)

5) Warkah Kapitan Cina Selangor (7 pucuk)

6) Warkah-warkah lain: Arung Temujung, Raja Ali, Tengku Panglima Besar, Tuan Sayid Ja'far, Bonda Cik Piah, Tengku Besar



Tuesday, June 22, 2021

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (BL Add. 45271, f.11) berkaitan penerimaan 10 peti opium yang diserahkan melalui Raden Muhammad dan tambahan pembelian 10 peti opium (Selasa, 7 Syawal)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana pada perintah bersahabat telah masyhur sampai ke mana mana 

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (BL Add. 45271, f.10) berkaitan hasil Pulau Pinang selama 5 tahun berjumlah 30,000 rial (Khamis, 2 Syawal 1206 / 24 Mei 1792)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana pada perintah bersahabat telah masyhur sampai ke mana2 

Sunday, May 9, 2021

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (BL Add. 45271, f.9) berkaitan penjualan timah dan pembelian beras (26 Zulhijjah, Khamis)

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana2 

Surat ikrar hutang oleh Muhammad Miya dan Sheikh Miya kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah (BL Add. 45271, f.8) pada 29 Jamadil Akhir 1205 (5 Mac 1791)

Qawluhu al-Haq

Pada sanah 1205 tahun2 pada sembilan likur hari bulan Jamadil Akhir bahawa pada ketika itu maka adalah senda Muhammad Miya anak Miya Mukarram dan Sheikh Miya pohonkan berhutang ke bawah duli Yang Dipertuan Kedah Yang Maha Mulia 

Tuesday, May 4, 2021

Salinan Surat Francis Light kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah (BL Add. 45271, f.7) berkaitan hutang Nakhoda Sheikh Miya (5 Jamadil Awal)

 Ya Ghafur Rahim

Daulat Tuanku Shah ‘Alam zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Monday, May 3, 2021

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (BL Add. 45271, f.6) berkaitan penerimaan 4000 rial (Jumaat, 18 Zulkaedah 1204 / 30 Julai 1790)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Sunday, April 18, 2021

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/2, f.87) berkaitan permintaan membaiki jam yang rosak (Khamis, 10 Rabiul Akhir 1203 / 8 Januari 1789)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat Cik Lina kepada John Marsden di England (MS 40320/2, f.20 & f.21) berkaitan penerimaan surat daripada Marsden dan gambar anak yang dikirim kepadanya (19 Oktober 1785)

Bahawa ini alamat surat tanda tulus dan ikhlas serta hati putih dan jernih tabik banyak2 iaitu datang daripada Encik Lina yang duduk dalam kota Malabara juga adanya sahidan barang disampaikan Allah Taala apalah kiranya datang menjelang tapak kaki tuan saya Mister Mazin yang telah ada sekarang dipeliharakan Allah Taala umur panjang dalam dunia ini yang duduk dalam negeri besyar di Inggelan juga adanya 

Sunday, March 7, 2021

Surat Cik Lina kepada John Marsden (MS 40320/2, f.23) berkaitan Mister Kris pulang ke negerinya dan ketibaan Polly di Bengkahulu

Qawluhu al-Haqq wa law kana mur

Bahawa ini alamat surat tanda tulus dan ikhlas serta hati yang putih dan jernih serta tabik banyak2 dan iaitu datang daripada Encik Lina yang duduk dalam negeri Bengkahulu jua adanya 

Surat Cik Lina kepada John Marsden (MS 40320/2, f.19) mengadu kesusahan hidupnya dan kerinduan pada anaknya

Qawluhu al-haqq walau kan mur

Bahawa ini alamat surat dengan tabik banyak2 datang daripada Si Lina yang duduk dalam negeri Bengkahulu adanya dan barang disampaikan Tuan Allah datang menjalang ke bawah tuan Mister Mazin punya kaki mintak selamat umur panjang Allah Ta’ala tolong sama tuan di dalam dunia ini adanya 

Surat Cik Lina kepada John Marsden (MS 40320/2, f. 54 & f.55) berkaitan perasaan diceraikan dan dipisahkan daripada anak-anaknya

 Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini Nona yang Kecil dengan Nona Gadang punya emak yang tinggal di dalam kebun di tengah Padang di mana tuan tinggalkan dahulu dan barang disampaikan Allah saya punya tabik banyak2 datang ke bawah kaki tuan saya Mister Mazin yang duduk dalam negeri itupun saya mintak selamat umur panjang tuan saya diberi Allah di dalam dunia ini adanya sama2 dengan anaknya keduanya 

Sunday, January 24, 2021

LIKE A FISH GASPING FOR WATER: THE LETTERS OF A TEMPORARY SPOUSE FROM BENGKULU (Light Letters, volume 2)

LIKE A FISH GASPING FOR WATER: THE LETTERS OF A TEMPORARY SPOUSE FROM BENGKULU

E. Ulrich Kratz (2006) LIKE A FISH GASPING FOR WATER: THE LETTERS OF A TEMPORARY SPOUSE FROM BENGKULU, Indonesia and the Malay World, 34:100, 247-280.

Abstract:

The article introduces six Malay letters from 1784 and 1785 which were sent by Ence’ Lena of Bengkulu to John Marsden, the elder brother of William Marsden. The letters express in moving words the personal loss and dislocation of a local woman, whose spouse of many years has left her to return to Europe, taking with him two of their three children. The documents are important for several reasons: they give a personal voice to a late 18th-century Muslim female individual from West Sumatra; they contribute to our knowledge of the Malay epistolary in general and provide a historical context to the nature and uses of the Malay language in particular; they throw light on an aspect of British and Asian relations for which we lack contemporary accounts in European languages; they bring the day-to-day life of British settlements around the Bay of Bengal in the late 18th century into focus; and, last but not least, they raise challenging questions about the lives of John and William Marsden.

Politik dan Ekonomi Terengganu pada Hujung Abad Ke-18: Kajian terhadap Warkah Sultan Mansur Shah I

Politik dan Ekonomi Terengganu pada Hujung Abad Ke-18: Kajian terhadap Warkah Sultan Mansur Shah I


MOHAMED AMIN, Abd Ur-Rahman. Politik dan Ekonomi Terengganu pada Hujung Abad Ke-18: Kajian terhadap Warkah Sultan Mansur Shah I. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, [S.l.], v. 13, n. 2, p. 271-298, July 2020. ISSN 2682-8049.

Link:

http://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/6774


Abstrak:

Artikel ini membincangkan tentang kandungan 17 pucuk warkah kiriman Sultan Terengganu, iaitu Sultan Mansur Shah I kepada Francis Light yang tersimpan di perpustakaan School of Oriental and African Studies, University of London dengan nombor rujukan SOAS MS 40320. Warkah bertulisan jawi ini telah dikirim sekitar tahun 1785 hingga tahun 1794. Kandungannya merangkumi politik Terengganu yang melibatkan hubungan luar dengan Siam dan Inggeris. Siam sentiasa mengugut untuk menyerang Terengganu terutamanya selepas Siam menawan Patani pada tahun 1785. Terengganu berusaha menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kompeni Inggeris untuk melindunginya daripada serangan Siam. Namun begitu, usaha tersebut tidak berjaya disebabkan dasar tidak campur tangan Kompeni Inggeris. Dalam aspek ekonomi, Terengganu menjalin hubungan dagang dengan Palembang yang membekalkan lada dan timah dan pelabuhan di Jawa dan Borneo. Terengganu turut mempunyai hubungan dagang antarabangsa dengan China dan India. Perdagangan Sultan Terengganu diuruskan oleh saudagar raja, iaitu Saudagar Nasruddin. Kapal-kapal Inggeris turut digunakan untuk menumpangkan bakal haji ke Mekah melalui pelabuhan di Pulau Pinang dan India. Warkah ini turut menceritakan jalur keturunan Sultan Mansur Shah I yang berkait rapat dengan kesultanan Johor dan Patani. Keseluruhan kandungan warkah ini telah membantu memberikan maklumat yang lebih terperinci terhadap politik dan ekonomi kesultanan Terengganu pada hujung abad ke-18.


Abstract:

This article discusses the contents of 17 letters from Sultan Mansur Shah I, the Sultan of Terengganu, are preserved in the library of the School of Oriental and African Studies at the University of London with the reference number SOAS MS 40320. Written in Malay using Arabic script, these were sent between 1785 and 1794. The contents discuss the political history of Terengganu involving foreign relations with the Siamese and the British. The Siamese were a continuous threat to Terengganu, especially after the Siamese conquest of Patani in 1785. Therefore, Terengganu sought to establish diplomatic relations with the British East India Company to protect it from the Siamese invasion. However, the attempt was unsuccessful due to the East India Company's principle of non-involvement in Malay affairs. In terms of economy, Terengganu had trade links with Palembang, which supplied pepper and tin, as well as with ports in Java and Borneo. Terengganu also had trade relations with China and India. The Sultan of Terengganu employed a royal merchant, Saudagar Nasruddin, to manage his trade. British ships were used to carry pilgrims to Mecca through ports in Pulau Pinang and India. The letters also discuss the lineage of Sultan Mansur Shah I, which closely links him to the Johor and Patani sultanates. The entire contents of these letters have helped to provide more detailed information on the politics and economy of the Terengganu sultanate in the late 18th century.

Indeks Surat MS 40320 Volume 2

 Indeks Surat MS 40320 Volume 2

Surat

Folio

Daripada

Kepada

Tarikh

1

2

 Encik Puasya, Bangkahulu (Berkaitan penerimaan wang)

 Laster, England

 12 Januari 1789

2

3, 4

 Cik Lina (Berkaitan kiriman hadiah dan kerinduan kepada anaknya)

 John Marsden

 

3

5, 6

 Sultan Pesisir Barat Shah, negeri Anak Sungai (Berkaitan perniagaan buah lada)

 Kompeni

7 Jamadil Akhir, 1778 

4

7, 8

 Pangeran Langgang Alam, Dusun Sungai Lemu Bengkulu (Berkaitan pembelian opium)

 Peter Mr. Marsden, Muara Lais, Bengkulu

 Ahad, 9 Jamadil Awal 1191 (15 Jun 1777)

5

9, 10

 Pangeran Syarif Abdul Rahman Nurul Alam, Pontianak (Berkaitan kiriman surat dan budak)

 Kapitan Kapal

 

6

11, 12

 Adat dalam negeri (Adat berhutang dibunuh terbunuh terluka)

 

 

7

13, 14

 Raja Tarusan (Berkaitan pergantian Raja)

 John Crisp, Padang

 

8

15

 Jurutulis Komander John Crisp, negeri Bayang (Berkaitan harga beras)

John Crisp, Padang 

 24 Ogos 1800

9

16, 17

 Penghulu-penghulu Bayang (Berkaitan penerimaa surat)

 Tuan Komander Padang

 

10

18, 19

 Cik Lina (Berkaitan kesusahan hidup dan kerinduan pada anak)

 John Marsden

 

11

20, 21

 Cik Lina (berkaitan penerimaan surat daripada Marsden dan gambar anak yang dikirim kepadanya)

 John Marsden

 19 Oktober 1785

12

22, 23

 Cik Lina (berkaitan Mister Kris pulang ke negerinya dan ketibaan Polly di Bengkahulu)

 John Marsden

 

13

24, 25

 Teuku Dapa, Kuala Singkel (Berkaitan Panglima Po Jandi)

 John Crisp, Kuala Natar

 

14

26

 Raja Bendi (Berkaitan semambu)

 

 

15

27

 Sultan Muhammad Shah dan Raja Perempuan (Berkaitan pas membawa kerbau)

 Charles Miller, Muko-muko Indera Pura

 

16

28

 Penghulu Nan Berempat & Saudagar Besar, Batang Asi (Berkaitan perniagaan)

 Charles Miller, Kota Bengkulu, Marlborough

 

17

29, 30

 Saja Muallim (Berkaitan perniagaan)

 Charles Miller, Muko-muko

 1775

18

31, 32

 Sibawan, Air Ji (Berkaitan perniagaan opium, lada dan kerbau)

 Charles Miller, Muko-muko

 12 November 1781

19

33, 34

 Si Tolong dan Raja Khalifah, Air Aji (Berkaitan senjata)

 Charles Miller, Muko-muko

 16 Oktober 1781

20

35

 Bendahara Raja Dihilir, Padang (Berkaitan penghantaran barang jualan beras dan minyak)

 Charles Miller, Bengkulu

 18 Februari 1787

21

36, 37

 Raden Muhamad Din, Bangkahulu (Berkaitan kematian ayahandanya dan kesukaran hidup)

 Griffiths

 Sabtu, 16 Mac 1799

22

38, 39

 Si Bawan, Air Ji (Berkaitan pembelian bunga dan hutang)

 Charles Miller, Muko-muko

 10 Disember 1781

23

42

 Pangeran Langgang Alam (Berkaitan permintaan wang)

 William Brap Askwir

 Jumaat, 24 Syawal 1140 (4 Jun 1728)

24

43, 44

 Sultan Pesisir Barat, Muko-muko (Berkaitan timbangan, perniagaan opium dan kain)

 Charles Miller, Marlborough

 

25

45

 Raja Idin dan Saja Muallim (Berkaitan perniagaan)

 Charles Miller, Muko-muko

 9 September 1775

26

46, 47

 Pendeta Raja, Kampung Kelawi, Bangkahulu (Pembelian cermin mata)

 Marsden, England

 Ahad, 24 Zulhijjah 1198 (7 November 1784)

27

48, 49

 Pendeta Raja, Kampung Kelawi, Bangkahulu (Berkaitan upah bekerja)

 Komander, Fort Marlborough

 30 Zulkaedah 1196 (6 November 1782)

28

50, 51

 Pendeta Raja, Kampung Kelawi, Bangkahulu (Berkaitan permintaan perbelanjaan)

 John Marsden, England

 Selasa, 19 Zulhijjah 1198 (2 November 1784)

29

52, 53

 Cik Lina (Berkaitan keadaan 2 orang anaknya)

 John Marsden

7 November 1784

30

54, 55

 Cik Lina (Berkaitan perasaan diceraikan dan dipisahkan daripada anak-anaknya)

 John Marsden

 

31

56, 57

 Sultan Pesisir Barat Shah, Muko-muko (Berkaitan bantuan pelana)

 Kapitan, Fort Marlborough

 

32

58, 59

 Sultan Pesisir Barat Shah, Muko-muko (Berkaitan perniaagan gambir)

 Peter Besar &  Charles Miller, Fort Marlborough

 

33

60, 61

 Sultan Pesisir Barat Shah, Muko-muko (Berkaitan masalah penanam lada yang lari)

 Mister Tari

 7 Jamadil Akhir 1192 (2 Julai 1778)

34

62

 Jurumudi Usin, Pulau Tikus (Berkaitan barangan dibawa dengan kapal)

 Charles Miller, Fort Marlborough

 

35

63

 (Berkaitan gedung lada)

 Miller, Fort Marlborough

 20 Mei 1787

36

64, 65

 Tuanku, Muko-muko (Berkaitan pembayaran harga gambir)

 Peter Besar dan Charles Miller, Fort Marlborough

 

37

66

 Sultan Pesisir Barat Shah, Muko-muko (Berkaitan masalah dengan Pendekar Sutan)

 Charles Miller, Fort Marlborough

 20 Jun 1787

38

67, 68

 Saja Muallim (Berkaitan masalah pelayaran dan makanan)

 Charles Miller, Muko-muko

 10 Januari 1775

39

69, 70

 Saja Muallim (Berkaitan pelayaran dan hutang)

 Charles Miller, Muko-muko

 28 November

40

71, 72

 Sultan Muhammad Syah dan Raja Perempuan, Inderapura (Berkaitan hutang)

 Charles Miller

 

41

73, 74

 Sultan Muhammad Syah dan Raja Perempuan, Inderapura (Berkaitan membawa keluar kuda dan kerbau)

 Charles Miller, Muko-muko

 

42

75, 76

 Dana, Muko-muko (Berkaitan emas)

 Miller, Air Aji

 3 Oktober 1781

43

77, 78

 Raja Hitam, Tarusan (Berkaitan hutang Raja Di Hilir)

 John Crisp, Padang

 Selasa, 6 Rejab 1214 (4 Disember 1799)

44

79

 Toko Lebai (Berkaitan jumlah penerimaan)

 

 15 Julai 1800

45

81, 82

 Perjanjian Tengku Panglima Raja Johan, Bendahara dan Penghulu 12

 Inggeris

 Jumaat, 18 Rabiul Akhir 1197 (23 Mac 1783)

46

83, 84

 Kisah sejarah Nabi Nuh dan Tuanku Perpatih Sebatang 

 

 

47

85

Kisah Raja Aceh bermula 10 Safar 1136H (9 November 1724M) hingga 1194H (1780M) 

 

 

4886Kisah Raja Acheh

49

87

 Sultan Abdullah Mukarram Shah (berkaitan permintaan membaiki jam yang rosak)

 Francis Light

 Khamis, 10 Rabiul Akhir 1203 / 8 Januari 1789