Wednesday, March 25, 2020

Surat Cit Makota Dewa Raja kepada Francis Light (MS 40320/8, folio 18) berkaitan hamba yang lari ke Pulau Pinang

Cit daripada perhamba Makota Dewa Raja sampai hadrat Tok Guandor 


yang kirim adalah budak diperhamba dua orang seorang perempuan nama Suri dan seorang laki2 nama Idam ada konon dalam Pulau Pinang jika ada kasih Dato’ Guandor akan diperhamba pinta tolong supaya2 Dato’ ambil beri pada teman2 diperhamba yang membawa surat diperhamba ini kerana lama sangat lari daripada diperhamba jika budak2 itu tiada mauk mari pinta Dato’ jualkan budak perempuan itu diperhamba tebus dua puluh lima rial pada tuan Sayid Irahim dengan titah baginda Yang Maha Mulia dan budak laki2 itu lima belas rial ditebus pada ke bawah duli baginda Yang Maha Mulia telah haraplah diperhamba dengan penolong Dato’ akan diperhamba jika Dato’ jualkan mana adat Dato’2 ambillah mana lebih dari itu pinta Dato’ serah beri pada yang membawa surat diperhamba itu wa katibuhu Makota Dewa Raja tamat

No comments:

Post a Comment