Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang daripada beta kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang
ahwal adalah mari surat Raja Benua Siam kehendaki perahu dan rakyat lengkap dengan alat senjatanya dan beras maka sekalian perkara itu sudah beta nyatakan pada sahabat beta maka sahabat beta pun balas surat mari kata suruh beta siapkan seperti kehendak Siam itu maka sebenar2nyalah seperti hemat sahabat beta itu maka sebab itulah jadi susah hati beta sangat kerana banyak yang kekurangan pada beta itulah beta pinta tolong pada sahabat beta meriam dan senapang serta ubatnya kerana dahulu pun sudah beta nyatakan pada sahabat beta dipinta tolong juga meriam senapang itu maka sekarang ini beta pinta sahabat beta bicarakan beri mari mana bolehnya dahulu kerana ketiadakan sangat senjata itu sahabat beta pun hendak pergi ke Benggala maka pinta sahabat beta cahari meriam kecil besar boleh patut dengan perahu2 yang ada pada beta ini ahwal itulah dinyatakan pergi surat sembilan haribulan Syawal hari Jumaat tamat
No comments:
Post a Comment